Thursday, July 18, 2013

Assalamualaikum,

            Alhamdulillah hari nie saya masih diberikn kesempatan untuk bernafas di bumi Allah dan hari nie merupakan hari ke-9 saya dan seluruh umat Islam di bumi Allah nie berpuasa bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia nie. Sudah lama rasanye saya tidak menulis di blog saya nie , makin hari makin bnyak kerja dan tugasan perlu dilakukan. Bak kata pepatah seorng penulis puisi lama " work and problem will not end until you end". Maksudnye kerja dan masalah tidak akan selesai sehingga Sang Pencipta menjemput kite kembali. Hari nie sudah masuk hari ke-4 kesihatan saya tidak berapa sehat , batuk + demam + sakit-sakit satu badan+ sakit tekak = package smua sekali  , hahaha , akan tetapi puasa tetap puasa. Tidak sehat bukan la lesen untuk saya tidak berpuasa kerana seperti didalam Al-Quran ade tertulis setiap penyakit yang datang adalah salah satu cara untuk menghapuskan segala dosa-dosa kecil seorng hamba-Nye . Mungkin ade hikmah kenapa saya diberikan dugaan nie ketika berpuasa. Allah kan Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
            Haryana binti Abdul Hamid. Nama nie sentiasa berada didalam ingatan walau dimana saya berada dan ape yang saya lakukan. Beliau merupakan gadis pertama yang berjaya menawan hati saya  ketika umur saya 19 thun pada 18 ogos 2009.. Hari nie genap 3 thun kami berpisah dan saya msih ingat lagi kami berpisah sebulan sebelum tarikh kami bersama iaitu 18 julai. Walaupun mcam didalam cerite-cerite atau drama-drama sekrng , seorng lelaki akan mudah untuk mencri lain apabila berlaku perpisahan akan tetapi bnde itu tidak terjadi kepada saya. Walaupun saya thu beliau sudah ade pengganti saya didalam hidup beliau , saya masih tidak dapat mencari mana-mana pengganti beliau didalam hati saya nie. Entah la bukan tidak pernah mencuba tapi nie semua adalah soal hati yang susah untuk diungkapkan. Tapi saya tetap bersyurkur kerana Allah telah menemukan saya dengan beliau walaupun hubungan kami bertahan tidak sampai setahun. Sebab utama perpisahan kami biar la jadi rahsia antara saya, beliau , dan Allah sebab saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Boleh dikatakan semua masalah berpunca dari sikap saya dan faktor berjauhan. Mana tak ye sorang kat utara dan sorng kat selatan. Cemburu dan kurang sifat memahami adalah salah satu sebab ye. Walau bagaimana pun sekanrg setelah saya habis menamatkan pengajian saya , beliau pula bru untuk menyambung pegajian di UITM , Segamat didalam bidang akaun iaitu bidang yang paling beliau minat sejak di bangku sekolah lagi. Memang benar walau tak sampai setahun kami bersama kami begitu banyak kenangan dan cerite-cerite manis. Tapi ape yang boleh dilakukan kite sebagai manusia hanya merancang dan Allah yang menetukan segala nye. Dari ape yang saya dengar beliau masih membenci saya dari sjak kami berpisah sehingga la sekrng. Beliau pun telah menemukan pengganti di hati beliau iaitu seorng yang sudah berbelas tahun beliau menunggu . Haha , ape yang boleh saya lakukan adalah redha sebab mgkin nie la yang terbaik untuk saya dengan beliau. Saya pun sudah mengambil keputusan iaitu jikalau ade rezeki selepas raya puasa nie saya akan merantau jauh demi membuktikan bahawa saya boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa  dan target saya adalah Iraq under syarikat agak ternama iaitu Shell and Gas. Saya mengambil keputusan nie pun kerana saya masih tidak kuat untuk melupakan beliau didalam hati nie dan demi keselesaan semua orang saya terpaksa pergi. Kelepasan dari ahli keluarga tidak jadi masalah kerana mereka sentiasa sokong dengan ape yang saya lakukan dan mereka faham bahawa saya masih tidak dapat melupakan nama "Haryana ataupun Honey" didalam hati saya nie. Tapi yang paling kelakar yela dengan nama Honey, mule-mule saya agak malu untuk memanggil beliau dengan panggilan tersebut lagi-lagi ketika di khalayak umum. Siap kena paksa-paksa lagi sehingga la beliau pernah merajuk disebabkan paggilan tersebut. haha, biar la smua itu jadi kenangan dan pengalaman manis bagi saya sepanjang hidup sya. Baik la sampai sni dahulu saya menulis sebab ade tugasan yahng perlu disiapkan untuk dihantar esk. Kerja oh kerja ,  hehe. baik la saya doakan beliau akan sentiasa bahagia dan msuk kali nie sudah 3 kali raya kite tidak bersama dan cume sekali sahaja kami berpeluang beraya bersama. Dapat la gak, alhamdulillah. Baik la semua Assalamualaikum dan selamat malam:D

Tuesday, May 14, 2013

Assalamualaikum,

 Hari nie saya masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog saya nie. Ramai teman-teman bertaye kenapa mereka tidak boleh mencari blog nie padahal mereka tahu saya selalu menulis di blog saya. Haha, sebenarye bukan saya tidak mahu publish blog nie kat umum tapi dh memang niat asal saya menulis blog nie untuk suka-suka. Tidak  pernah terlintas untuk publish-publish berbagai. Sebab itu la langsung tiada komen sebab jikalau ada hanya untuk bacaan saya sahaja. Hari nie saya ingin berkongsi semua kejayaan saya cukup 3 thun saya berniat untuk berubah dan membuktikan pada si Die bahawa saya boleh berjaya dalam hidup saya. Walaupun semua kejayaan saya nie tidak dapat saya tunjukan secara langsung pada Die tapi saya cukup berbangga sebab ape saya niatkan selama nie telah terlaksana. Berikut adalah gmbar-gambar kejayaan saya dari mula sehingga sekrng.






Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah dan hari nie saya bukan sahaja berdiri sebagai seorng pelajar engginering tapi jugak seorng tukang masak yang berjaya. Siapa kata pelajar jurusan kejuruteraan hanya pandai pada bab-bab mesin sahaja. Haha , pada mula ye saya pun tidak percaya bahawa saya akan bergelar seorng chef sehingga pernh mencuba untuk memasuki pertandingan "Master Chef Malaysia 2012" dan alhamdulillah berjaya untuk peringkat pertama akan tetapi saya terpaksa menolak secara baik kerana pada waktu tersebut saya langsung tidak menyangka boleh layak dan  pada waktu tersebut saya masih di belajar lagi dan jikalau saya ingin meneruskan mengikuti program tersbut saya terpaksa berhenti belajar kerana terpaksa dduk di kampus tersebut lebih kurang 4 bulan. Rasa sayang memang la ada yela bukan senang nak dapat peluang tersebut tapi sekurng-kurang ye dapat gak bergmbar dengan ketua juri "Master Chef Malaysia ". Dapat la kenangan ye dan beliau mahu saya cuba lagi apabila saya habis belajar nanti sebab beliau memang tidak menyangka saya seorng pelajar mekanikal berdasarkan gaya masakan saya. Haha , saya pun tidak tahu ape yang lain ye sebab saya langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang bahagian masakan ataupun lebih tepat adalah bahagian "Culinary". Setakat chef kampung adalah sebab masak untuk family. Ape pn saya hendak berterima kasih kepada abg-abg Chef di Hotel Puteri Pan Pacific dan Persada Johor Bahru sebab hasil tunjuk ajar mereka yang tidak lokek ilmu saya makin pandai bahagian masak-memasak nie. Dan yang paling bangga ialah saya telah masak sndiri untuk majlis tunang dan kahwin kak ngah saya pada thun lepas dan awal tahun ari tu saya telah memasak untuk majlis tunang kak long saya. Berbangga rasaye sebab selain boleh menjimatkan kos pembelajaan ia jugak menaikan taraf keluarga saya apabila ramai memberi komen masakan ye sedap pada kedua ibu dan bapa saya. Apa lagi dah kata orang tua mula la nak bangga cakap anak saya sndiri la yang msak untuk majlis nie. Haha , segala kepenatan hilang apabila boleh membuat mereka gembira sementara mata nie belum tertutup sepenuh ye. Alhamdulillah jugak saya telah berjaya dalam bidang yang saya belajar apabila menerima kepujian dari jurutera-jurutera di KLIA , Subang Sky Park , Malaysian AirLines BHD , Air Asia dan LCCT , Sepang ketika saya praktikal di sner ketika sem-4 dahulu. Gmbar-gambar diatas adalah bukti saya berjaya pergi ketempat yang bukan semua orang berpeluang pergi dan masuk kesana diantara ye gmbar yang berbelakang kan banyak helikopter dan jet persendirian . Saya masih ingat lagi gmbar itu diambil ketika jet persendirian owner Bank Tabung Haji Malaysia mendarat ,tapi saya lupe nama ye , hehe. Waktu itu saya dapat lihat macam mana  orang-orang kaya Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia serta Duta-duta negara lain punye jet-jet persendirian , cume tidak semua tempat dibenarkan untuk mengambil gmbar dan membawa telefon. Semua ye adalah atas faktor keselamatan. Tapi saya berbangga kerana diberi peluang tersebut walaupn kalau nak ada jet sendiri tidak mampu so lihat pn jadilah. Haha , dan saya masih ingat lagi saya pernah berbual dengan satu penjaga jet persendirian di Subang Sky Park iaitu sehari sahaja parking kat situ bayaran ye RM5000++. Haha , mahal giler harga ye sebab satu hari sama dengan gaji kite sebagai orang biasa untuk sebulan. Dan terbaru sekali saya sedang mengambil  smua lesen-lesen bahgian Oil n Gas untuk kerja di pelantar minyak dan insya-Allah kalau akhir thun nie semua ye berjalan lancar awala thun depan saya sudah menjejakan kaki di pelantar minyak seperti Ayah dan Kak Long saya. Amin....Sebenarye banyak nak ditulis tapi mata nie dh start mengantuk sebab esk saya kena kerja pagi. Haha , baik la sampai sni sahaja saya menulis untuk kali nie. Walaupun kadang-kadang saya berasa sedih sebab semua kejayaan saya  sekrng tidak dapt saya berkongsi dengan si Die tapi ape saya boleh buat. Kite hanya merancang dan Allah yang tentukan. Sekrng saya telah pun berjumpe penganti si Die walaupun saya masih merindui kehadiran si Die. Tapi saya mesti redha dan cuba untuk membahagiakan pilihan ibu saya sebab tidak adil rasa ye bagi die jikalau saya masih mengingati yang lama sedangkan saya thu si Die telah bahagia dengan pilihan hati ye sekrng. Yang paling kelakar semlam ade sorng teman saya memberitahu saya bahwa beliau ade terserempak dengan si Die di bndar jb ari tu ketika ditempat kerja berliau dan si Die ade berpesan kepada teman saya bahawa jangan memberitahu ape-ape pada saya dimana die kerja sekrng. Haha , mule-mule memang kelakar sebab dengar statement tersebut sebab saya sendiri berjanji pada die tidak akan menganggu hidup si Die lagi sampai bile-bile. Tak ape la mybe si Die masih berdendam dengan saya ape saya boleh buat. Hanya mampu berdoa sahaja beliau selamat dan berbahagia dengan ape beliau wat sekrng. baik la semua selamat pagi dan Assalamualaikum. (sya rindu kamu hney):"(

Thursday, May 9, 2013

Assalamualaikum,
 
  Alhamdulillah hari nie saya masih diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi Allah oleh yang Maha Esa. Semalam merupakan hari yang agak penting didalam hidup saya kerana saya telah dipertemukan dengan bakal menantu pilihan ibu saya. Pada mula ye secara jujur memang berat hati nie nak berjumpe kerana saya rasa belum bersedia untuk mengantikan si Die didalam hati yang telah hampir 3 thun saya menunggu beliau sejak kami berpisah. Tapi perjanjian tetap perjanjian, masa yang telah diberikan oleh keluarga saya telah sampai masanye. Saya kena redha bahawa si Die bukan jodoh saya dan ade hikmah yang berlaku disebalik perpisahan kami dahulu. Tapi saya telah nekad bahawa saya tidak akan menjadi seperti saya dahulu iaitu terlalu menyanyangi dan mencintai seseorang manusia kerana seperti yang kite tahu bahawa kasih sayang antara sesama manusia adalah hanya sementara dan penuh dengan dugaan dan ada kalanye berlaku perpisahan, akan tetapi kasih sayang kepada Allah dan Rasul serta jihad adalah berkekalan sehingga ke akhirat. Pada pertama kali saya bertemu dengan bakal suri hati saya ialah perkara yang pertama saya lihat adalah beliau merupakan seorng yang tegas dan tggi agama nye. Saya bukan nye mahu seorng yang perfect ataupun alim dan bertudung labuh berbagai, cukup la sekadar jikalau beliau rajin mengerjakan suruhan Allah dan tahu menjaga dan menghindari diri dari perbuatan maksiat dan kemungkarn. Ini disebabkan jikalau beliau adalah jodoh saya , kesemua dosa-dosa yang beliau lakukan selepas kami berkahwin akan ditanggung oleh saya. Orang ye boleh la hendak dikatakan seorng yang manis jika dilihat dari mata kasar ibarat macam sejuk mata memandang. Hehe, dan beliau pun seorng yang suka memasak dan suka akan warna biru. Kira sama dengan saya kerana saya memang suka memasak dan biru adalah warna kegemaran saya dari dahulu lagi. Boleh dikatakan kami berdua banyak mempunyai persamaan dari segi minat, warna kegemaran dan macam-macam lagi. Yang paling kelakar beliau pun seorng yang suka akan aktiviti lasak sama seperti saya contoh ye seperti mendaki gunung. Haha, kira memang bnyak la persamaan kami. Tapi saya tidak pasti adakah ini semua hanya kebetulan ataupun ini la yang dinamakan jodoh dari Allah. Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab Die Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui apayang terbaik untuk hamba ye. Walau ape pun kami berdua telah berbincang bercinta mengikut cara Islam seperti tidak berjumpe dan tidak selalu berhubung dan semua itu dipermudahkan sebab beliau tinggal di negeri sembilan. Semuaye demi mengelakkan perbuatan maksiat, semua itu pengalaman yang banyak mengajar saya dan beliau kerana beliau pun pernah ditinggalkan oleh kekasih beliau dahulu. Hehe , semuaye saya bergantung pada Allah kerana jika beliau adalah jodoh saya saya redha dan terima beliau dengan ikhlas. Saya tidak mahu merancang banyak-banyak kerana takut akan pengalaman yang lepas. Semalam pun saya telah diberitahu oleh seorng teman baik saya bahawa si Die telah mengetahui akan perkara ini dan nampak ye semuaye ok. Si Die lebih rasa gembira sebab tak ada la saya mengganggu lagi hidup beliau. Hehe , alhamdulillah semuaye berjalan lancar dan dari sekrng saya kena fokus pada kerjaya saya kerana tidak lama lagi saya akan memikul satu tanggungjawab yang besar. Bukan senang hendak menangggung anak dara orang nie sebab kalau dahulu ape yang ada saya makan janji tidak lapar dan pakaian pun kalau sama je sentiasa tak apejanji boleh pakai ,  tapi sekrng lain. Rasa takut memang ada tapi saya redha andai ini yang ditulis yang terbaik untuk saya. Tidak sabar rasa nye hendak mempunyai anak sendiri dan bermain dengan anak sendri maklumla ramai kawan-kawan sekolah saya dahulu sudah mendirikan rumah tangga dan ade yang anak dah masuk yang kedua. Haha , rezeki masing-masing. Tapi bile dipikr semula memang kelakar kerana beliau seorng yang berkulit putih ala-ala cina manakala saya hitam ala-ala india. Haha , harap sangat anak- anak kami jangan mengikut warna kulit saya. Haha , tapi semua itu jauh sangat, majlis pun belum wat ape-ape. Baik la sampai sini sahaja saya menulis untuk kali nie. Assalamualaikum dan selamat pagi .:D

Saturday, April 27, 2013



Assalamualaikum,

  Alhamdulillah hari nie saya masih diberkan kesempatan untuk menulis di blog nie walaupun sepanjang minggu nie saya agak sibuk dengan pelbagai tugas. Hari nie saya ingin berkongsi tetang satu cerita tentang satu perbuatan yang selalu dilakukan oleh seorng yang sedang leka bercinta sehingga nafsu mempengaruhi permikiran masing-masing. Peringatan nie bukan saya hendak tuju kepada sesiapa tapi adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri akan bahaya ye apabila kite terlalu leka bercinta sehingga menghalalkan ape yang haram demi untuk membuktikan rasa kasih dan sayang pada pasangan masing-masing. Secara jujur ye saya pernah mengalami situasi seperti berikut tapi tidak la sampai berzina dan melahirkan anak luar nikah. Alhamdulillah , Allah masih menjauhkan saya dari melakukan perbuatan yang dosa ye paling besar dan dilaknat -Nye . Saya pun tidak paham kenapa pada waktu tersebut saya jadi jahil sehingga lupe akan perjanjian saya dengan kedua ibu dan bapa saya iaitu menjauhi segala perbuatan maksiat. Secara jujur betul ape yang pernah dikatakan di dalam hadis iaitu apabila berdua akan wujud ye orang ketiga. Pada waktu tersebut andai iman kite sekuat mana pun kite mudah terjerumus ke lembah maksiat. Itu la janji Syaitan dan Ibilis jahanam bahawa mereka akan menyesatkan manusia sehingga tiba ye kiamat dan mengheret manusia ke lubang neraka. Sebab itu la di dalam islam maksud "couple " atau pasangan yang bukan muhrim dilarang sama sekali , tapi pada zaman sekrng andai seseorng itu tidak mempunyai couple atau pasangan ia akan berasa malu terhadap kawan-kawan yang lain. Tapi pernah kah mereka berfikir semua itu hanya sia-sia dan malahan akan menambahkan dosa mereka dan kedua ibu dan bapa mereka akibat daripada perbuatan mereka itu. Yang paling menyedihkan pada peringkat sekolah rendah pun mereka sibuk untuk berpasangan berbagai dan ada kala ye mereka sanggup untuk bergaduh dan bermusuhan demi mendapatkan pasangan masing-masing. Duit yang ibu bapa mereka bagi untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran meraka sanggup simpan demi untuk digunakan  bermadu kasih bersama pasangan mereka sehingga lalai dan lupe akan harapan ibu bapa mereka yang sanggup bersusah-payah bekerja siang dan malam demi untuk menampung keperluan hidup mereka dan keluarga. Ade sahaja alasan yang diberikan andai ditanya ape faedah bercouple  berbagai , contoh ye bila ada pasangan kite akan rasa lebih semangat untuk belajar kerana kurang ye sokongan dari family. Secara jujur ye alasan tersebut tidak boleh diterima kerana bagaimana dikatakan apabila ade pasangan or couple kite akan lebih semangat untuk berlajar sedang kan 24 jam hnya berdating dan ber "sms " berbagai sehingga kan buku kemana pelajaran kemana.  Andai la dikatakan mereka berpasangan tidak pernah melakukan ape-ape yang mungkar dan ape yang dilakukan hanya selalu sering ingat -mengingati pasangan masing-masing waktu solat dan berbagai ibaratkan bercinta mengikut cara Islam. Bagaimana mahu dikatakan bercinta mengikut Islam andai sering bertemu dan bersentuhan . Mustahil la jika kite berpasangan tiada nama timang-timangan dan mustahil andai kite berpasangan tidak saling rindu-merindui antara satu sama lain. Di situ sudah jatuh hukum dosa kerana ia akan membuat kite leka terhadap dunia percintaan yang kite sendiri tidak tahu hala tuju nye  dan penamat jalan cerita ye sehingga kite lupe tujuan asal kite dihidupkan di dunia nie. Islam tidak pernah menghalalkan ape yang haram seperti mana yang ditulis didalam Al-Quran walaupun pada niat ye kite hendak melakukan kebaikan. Apabila terjadi sesuatu hal seperti cerita diatas masing-masing menunding jari mencari salah pasangan masing-masing . Subhana-Allah. Semua ye bergantung pada pemikiran masing-masing ,  bak kata teman baik saya "masing-masing sudah besar kan, sudah boleh pikir mana baik dan buruk ye" Hehe , kadang-kadang rindu jugak dengan beliau sebab beliau la selalu ade waktu susah dan senang saya.  Thanks friend aiento @ segok. Haha, nama beliau saya tidak akan lupe sampai bile-bile walau sejauh mana pun saya pergi. Beliau tetap dihati dan selalu saya ingati. Saya bersyurkur Allah telah pertemuakan beliau dengan saya ketika di STPM dahulu. You always be my friend. Baik la sampai sini saya menulis untuk kali nie. Renung-renungkan la smua ok. Assalamualaikum.:D

Wednesday, April 24, 2013

Assalamualaikum,

   Alhamdulillah pada pagi nie sya masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menulis diblog saya nie. Hari nie kesihatan saya kurang sehat kerana mugkin disebabkan dari miggu lepas sehingga la ke minggu nie waktu tido sya berkurang kerana faktor pekerjaan. Al-maklum la kite selagi kite bernafas di muke bumi ini selagi itu ade sahaja kerja yang perlu dilakukan yang tak habis-habis sehingga la kite kembali pada yang esa. Mungkin bagi sesetengah orang waktu tidur adalah waktu untuk mereka merehatkan diri dari segala kepenatan yang mereka lalai hari yang panjang. Tapi tidak bagi saya kerana kadang-kadang waktu tidur pun saya masih memikirkan masalah pekerjaan yang makin hari makin bertambah andai tidak diselesaikan cepat. Akan tetapi entah kenapa hati nie rindu sangat pada si Die. Lagi-lagi apabila saya terpandang satu gambar yang diambil ketika kami berpakaian sekolah dahulu. Saya pun pelik macam mana gambar tersebut boleh ade di dalam laptop saya lagi padahal seingat saya , saya telah memadam semua gambar-gambar kenangan kami dahulu. Gambar tersebut diambil dalam keadaan hitam dan putih dimana saya ingat lagi peristiwa tersbut. Kami sempat bergambar di dalam perpustakaan sekolah kami dan ketika itu gambar terbut diambil secara curi-curi kerana maklum la di sekolah mana la boleh pelajar membawa telefon bimbit. Hehe, tapi tak ape, walaupun sampai sekrang saya masih merindui beliau tapi saya redha andai ini yang terbaik untuk kami. Saya sedikit pun tidak menyalahkan beliau meninggalkan saya kerana saya thu saya banyak melakukan kesilapan pada hubungan kami. Saya pun gembira mendengar berita beliau makin happy bersama orang baru dimana orang tersbut boleh membahagiakan beliau dari saya. Saya hanya mampu berdoa beliau sentiasa bahagia kerana memang adat bercinta tak semua ye akan bersama. Kadang-kadang ade yang tersangkut di tengah jalan. Ape yang boleh saya lakukan saya akan cuba untuk memenuhi permintaan beliau dimana beliau tidak mahu untuk saya berhubungan dengan teman-teman beliau. Saya akan cuba penuhi ye kerana saya mungkin akan pergi jauh selepas nie. Jauh-sejauh ye demi untuk memuaskan hati beliau. Ape yang saya mampu berharap beliau akan menjaga diri beliau dan menjaga nama baik keluarga beliau. Sebenarye pagi nie saya ade ujian yang perlu saya jawab dan satu je azam saya dimana saya mahu membuktikan kepada beliau saya boleh berjaya tanpa bantuan family saya. Dengan ujian nie la boleh menentukan sama ada cita-cita saya menjadi keyataan iaitu bergelar seorng "IR" muda. Hehe, insya-Allah , amin. Baik la sampai sni sahaja saya menulis buat kali nie. Andai la sekrng saya dapat berbual dengan beliau walau untuk sekejap sahaja saya ingin mengatakan pada beliau bahawa saya rindu kamu sangat Haryana. Haha, walaupun itu hanya lah angan-angan yang tak kesampaian , awak tetap dalam hati saya sampai bile-bile kerana you are the first and last for me. Ok la , Assalamualaikum.:D

Saturday, April 20, 2013

Assalamualaikum,

  Alhamdulillah hari nie saya masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini sebagai seorang umat ye. Kadang-kadang kita terlalu leka terhadap dunia nie sehingga kite lupe tujuan asal kite dilahirkan di dunia nie. Ramai yang terlalu mengejar harta dunia yang sementara sehingga lupe akan harta akhirat yang dijanjikan kekal selama-lamanya. Kadang-kadang mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran lebih menenangkan hati dan fikiran , dari mendengar lagu-lagu di dunia nia. Entah mengapa setiap kali mendengar bacaan suci Al-Quran hati saya menjadi sayu dan sedih kerana teringat akan dosa-dosa saya yang lepas. Rasa tkut akan kematian kerana tkut tidak sempat untuk saya bertaubat ketika ajal telah menjemput saya. Rasa bersalah terhadap ibu bapa saya kerana disebabkan dosa-dosa yang saya lakukan mereka yang akan disoal kerana gagal untuk mendidik saya. Ya Allah, ampunkn dosa aku. Aku thu aku tidak layak untuk ke syurga -Mu tapi aku tidak mahu untuk ke neraka -Mu. Ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku Ya Allah. Kadang-kadang kite lupe setiap perbuatan kite di dunia nie , menyebabkan kedua ibu dan bapa kite di soal di akhirat nanti. Baik la sampai sni saya menulis kali nie kerana sedih teramat sangat mendengar bacaan surah nie. Sungguh kerdil nye rasa diri nie bile kite memahami setiap maksud setiap ayat di Al-Quran. Baik la Assalamualaikum..

Friday, April 19, 2013

Assalamualaikum,
 
   Alhamdulillah hari nie saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas di muke bumi ye sebagai umat Islam. Hari nie merupakan hari yang baru kerana bak kata didalam sebuah buku ilmiah selepas menunaikan solat subuh kita harus bangkit dengan azam yang baru demi megejar masa hadapan masa hadapan masing-masing. Pagi nie saya ingin berkongsi tentang seorng yang paling istimewa didalam hidup saya. Saya mule mengenali beliau pada thun 2009 dan masuk thun nie sudah empat thun kami berkawan rapat. Nama yang diberi aien binti dahari atau saya lebih suke memanggil beliau dengan nama timangan "sengok". Hahaha, entah saya pun x thu macam mana nama sengok tu boleh melekat pada beliau sehingga ke hari nie. Semua ye bermule ketika beliau dengan saya belajar di STPM dahulu. Kitorang nie satu kelas dan beliau nie memang seorng yang pendiam didalam kelas. Kira kurang bercakap la dan ramai budak-budak lelaki berminat pada beliau. Seingat saya sampaikan ade yang sanggup buat macam-macam demi untuk rapat dengan beliau ataupun mendapat kn perhatian beliau. Kelakar jugak la bile dipkirkn semula kisah dulu.-dulu. Saya pun tidak menyangka akan rapat dengan beliau kerana al-maklum la irang ramai peminat , mana la saya boleh kacau. Hendak dijadikan cerita ade la satu hari itu beliau menanyakan kepada saya tempat mengambil wuduk bagi pelajar perempuan dan macam biasa la dengan peragai lama saya suke menyakat sehingga beliau dengan tidak semena-mena pergi ke tempat wuduk bagi pelajar lelaki akibat perbuatan saya itu. Hahaha, memang kelakar la kalau diimbau kejadian itu semula. Mau tergelak sorang-sorang jadi ye, dan dari kejadian itu la nama "sengok"tercipta secara official ye bagi beliau. Hahaha ,  makin ari kami makin rapat sehingga keluarga beliau turut mengenali saya. Tapi bukan nama sebarangan tapi dengan nama yang beliau bagi iaitu "jebeng". Entah macam mana la saya boleh mendapat nama itu. Boleh dikatakan ramai yang menyangka kami berdua nie pasangan kekasih sehingga para guru-guru pun thu. Hahaha , memang gelak jugak la time tu sebab masa itu saya bru mngenali si Die iaitu satu kelas jugak dengan kitorng ketika di STPM. Tapi hari nie saya tidak mahu bercerita tentang si Die tapi tentang seorng yang paling istimewa di dalam hidup saya yang selalu ade bersama susah dan senang saya sepanjang masa, tidak kira jatuh dan bagun ye saya. Beliau sentiasa berada siap untuk saya. Jujur la menyatakan saya senang berbual bersama beliau kerana beliau seorng pendengar yang baik dan suke memberi pendapat dan nasihat yang berguna. Secara jujur ye saya pernah suka kepada beliau akan tetapi saya rasa saya tidak layak untuk beliau kerana beliau nie seorng yang cantik dan universal. Maklum la orang yang paling diminati pelajar-pelajar lelaki ketika di STPM dahulu. Mana la sepadan dengan orang macam saya. Tapi ramai yang kata beliau sesuai dengan saya kerana dapat sepadan bile bersama . Entah la , saya pun x thu ape sepadan ye sebab itu orang la yang ckp. Tapi andai la ditulis beliau adalah jodoh saya, saya terima beliau dengan seadanye tapi andai bukan saya harap ade la seseorng yang baik boleh menjaga dan menyayangi beliau selalu. Apa-apa pun saya tetap selalu menyayangi kamu segok walaupun saya thu saya tidak layak unutk kamu. Hahaha, gmbar nie diambil ketika beliau keluar dengan kawan baik beliau, audy. Nie pun kira gmbar curi yang saya ambik di laman sosial sebab jika beliau thu abis tak pasal-pasal kena marah.


yang tudung putih itu la nama diberi sebagai "sengok", hahaha.
Kening ala-ala Ziana Zain gitu. Kelas-kelas, hahaha.
Masing-masing wat muke comel la tu sangat , hahaha. Acah-acah muke wat macam ganngster padahal hati tisu. Hahaha, maklum la perempuan katakan, mana ade yang tidak sensitif. Smua ye ade perasaan dan seribu satu rahsia. Hahaha, beliau nie pernah seorng yang tidak reti untuk berbohong kerana pernah sekali itu beliau cuba untuk berbohong pada saya tapi akhir ye kantoi jugak. Hahaha , ape lagi memang nak kena la balik. Baik la sampai sini dahulu saya menulis untuk pagi nie. Baik la salam Jumaat dan Assalamualaikum.

Thursday, April 18, 2013

Assalamualaikum,

   Hari ini saya tidak berkongsi tentang cerita si Die tapi hari nie saya hendak berkongsi tentang seorng kawan baik saya yang baru sahaja pulang ke rahmatullah iaitu Shiekh Muhammad Azri b. Shiekh Annuar ataupun lebih dikenali dengan telor di EC. Kami telah berkawan sejak dari form 1 di Maktab Sultan Abu Bakar, JB dan pada form 3 kami berpisah kerana beliau telah menerima tawaran ke sekolah teknik lepas keputusan PMR. Lebih kurang 3 tahun kami putus hubungan dan ketika di IPTA kami bertemu semula secara tidak segaja ketika di kedai makan di penang. Beliau merupakan seorng yang periang dan tidak kedekut sebab beliau suke menolong orang yang sedang dalam kesusahan. Tapi apa kan daya Allah lebih menyanyangi beliau dan telah menjemput beliau lbih awal dari saya. Yang paling sedih saya sempat bertemu dengan arwah 3 hari sebelum beliau meninggal. Sebak rasa nye hati nie apabila ingat kembali sebab ketika kali terakhir bertemu dengan beliau kitorang sempat bergurau-gurau seperti biasa dan beliau tidak meninggalkan ape-ape tanda bahawa beliau akan meninggalkan saya dan semua. Pada mula-mula dapat khabar berita tentang pemergian beliau saya macam x caya sebab masa kali terakhir berjumpe dengan beliau,  beliau ade meninggalkan kepada saya satu set speaker. Kalau diingat kembali memang sedih dan sayu. Apa-apa pun saya berdoa beliau tenang di sana dan dicucuri rahmat. Kamu tetap teman baik aku telur. Al-Fatihah.....

Sunday, April 14, 2013

Assalamualaikum,
   alhamdulillah hari nie saya berpeluang lagi untuk menulis lagi. Hari nie saya akan bergerak pergi mencapai cita-cita saya sebagai seorng jurutera,insya-Allah. Walaupun berat sebenarye hati nie hendak pergi jauh lagi dari family tapi apa boleh buat. Ini semua demi keluarga saya dan jgak untuk membuktikan pada Die yang saya boleh berjaya. Saya thu beliau telah pulang ke rumah beliau untuk cuti semester, rasa macam mahu sahaja pergi berjumpe dengan beliau wat kali terakhir akan tetapi saya masih tidak kuat untuk berjumpe dengan beliau setelah bnyak kejadian yang berlaku. Jujur saya katakan saya benar-benar merindui beliau akan tetapi entah saya takut untuk bertentang mata dengan beliau dan saya thu beliau msti tidak sudi untuk berjumpe dengan saya. Ape saya boleh buat, dh ini takdir untuk saya. Saya hanya boleh berharap beliau sentiasa bahagia bersama orang tersyg dan saya berjnji tidak akan menganggu hidup beliau lagi. Mgkin dengan permergian saya ini adalah jalan terbaik untuk beliau dan saya kerana dengan ini tidak la saya sentiasa ingat akan peristiwa lepas dan beliau pun tidak la rasa kurang selesa bile pulang ke jb. Baik la samapai sni saya menulis untuk kali ini. Insy-Allah saya akan menulis lagi. Ini adalah hala tuju saya yang seterus ye bagi mencapai cita-cita sya. Semoga semua ye dipermudahkan. Aminnn..
Assalamualaikum.:D
Assalamualaikum, 

      Alhamdulillah hari nie saa masih diberikan waktu untuk menulis lagi di blog saya. Entah la malam nie saya rasa rindu sangat-sangat dengan Die. Boleh dikatakan smua kerja tak jadi mcm tak tentu arah dibuat ye. Sebab tu la saya malas mahu pulang ke jb sebab andai saya lihat sahaja kereta saya makin mengingatkan saya tentang kenangan lama saya dengan si Die. Bile saya rindu je akan beliau saya akan letak tangan dihati sambil membaca surah al-fatihah dan selesai membaca saya terus niat didalam hati sambil menyebut nama penuh beliau dan mengatakan Ya Allah hamba ini benar-benar rindukan seorang hamba - Mu ini. Sampai kan la rindu hamba ini Ya Allah. Ini adalah cara berdoa yang diajar oleh seorang ustazah saya andai kite benar-benar merindui seseorng. Tapi bile saya terpandang satu gambar si Die dengan seorang lelaki telah mambuat hati nie benar-benar sedih. Gambar tersebut saya terlihat di lama social. Mungkin ini la pertunjuk yang diberikan oleh Allah kepada segala persoalan saya dengan siapa beliau sedang rapat sekarang. Walaupun saya tidak mengenali lelaki tersebut tapi saya thu beliau memang rapat dengan lelaki itu berdasarkan gambar tersebut. Didalam gambar tersebut beliau bergambar rapat sangat bersama lelaki tersebut dan ini menunjukan hubungan mereka bukan sekadar seorng rakan kuliah dan mgkin lebih. Mungkin lelaki tersebut adalah teman istimewa beliau seperti yang diberitahu rakan-rakan saya. Memang benar mereka satu kelas ditempat belajar beliau sekrang. Cuma yang menyedihkan saya kenapa die tidak melakukan seperti ape yang beliau katakan kepada saya dahulu yang beliau tidak mahu andai gambar kami berdua diletak diman-mana laman social kerana tkut orang kata ape. Adakan beliau malu jika orang thu saya bersama dengan beliau dahulu. Entah la, saya tidak memahami sikap beliau. Saya ingat lagi selepas kitorng putus beliau pernah memberi amaran kepada saya untuk memadam semua gambar-gambar saya bersama dengan beliau sebab tkut berdosa. Tapi sedangkan sekrng beliau telah meletak kan gambar berdua dilaman social. Adakah ini tidak dosa. Gambar tersbut bukan sahaja berdua malahan jarak antara beliau dengan lelaki tersebut rapat giler macam gambar seorng yang muhrim. Entah la saya pun sedih, adakah hina sangat saya nie dahulu sampai sanggup beliau melakukan perbuatan tersebut kepada saya. Mgkin benar satu tidak sekacak lelaki terbut. Maklum la rupa saya nie tidak ubah seperti seorng samseng dan bentuk badan saya tidak ubah seperti tong kerana saya nie gemuk dan lelaki tersebut kurus dan kacak. Mungkin sebab itu beliau malu untuk memberitahu orang tentang saya. Patut la sampai keluarga beliau pun tidak menerima saya. Sedih- sedih, kadang-kadang saya terfikir kenapa la Allah menemukan saya dengan beliau dahulu dan kenapa la saya menerima beliau untuk muncul dalam hidup saya sedangkan saya tidak bersedia untuk menerima teman hidup masa itu. Ya Allah, adakah ini semua balasan Allah untuk saya kerana akibat perbuatan saya dahulu. Tapi saya tidak pernah mempermainkan perasaan seseorng dahulu, tapi kenapa saya perlu untuk menempuhi semua ini sekrng. Saya benar-benar kecewa dengan beliau kerana beliau bersikap begitu sekrng. Padahal dahulu saya ingat lagi kata-kata beliau dahulu lepas meninggalkan saya iaitu couple itu adalah haram di dalam Islam. Tapi kenapa sekrng lain pula yang jadi, kenapa beliau menjadi seorng yang hipokrit. Entah la ape yang saya boleh lakukan sekrng adalah hanya berdoa dari jauh semoga beliau dijauhi dari perbuatan- perbuatan yang bukan-bukan. Baik la sampai sini dahulu saya menulis. Kepada si Die saya harap sangat awak sentiasa bahagia dan dijauhkan dari perbuatan bukan-bukan. Walaupun awak sekrng bersama dengan sesiapa sahaja saya harap awak akan jaga diri dan tolong jangan disebabkan perbuatan awak saya harus mendapat bahagian sekali. Saya benar-benar rindukan kamu. Asslamualaikum.

Wednesday, April 10, 2013



Assalamualaikum, alhamdulillah saya masih diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan sebagai umat Islam hari nie dari Yang Maha Esa. Hehe, tujuan sebenar kenapa saya meletak video lagu diatas ialah disebabkan video ini membawa banyak maksud dalam hidup saya. Kali pertama saya mendengar video ini adalah dari pendrive orang yang saya sayang selama nie yang saya yang saya curi. Hehe, sebenarye bukan ade berniat nak mencuri pun tapi die sndiri yang tertinggal didalam kereta saya ketika kitorng keluar. Dari pendrive itu la semua tentang die saya thu kerana maklum la kaum perempuan nie penuh dengan rahsia dan tanda tanya. Pada mula nye saya ingat mahu sahaja menyimpan pendrive tu tapi hujung-hujung terkantoi gak sebab saya tidak sanggup ntuk menipu dan mengambil hak orang lain. Akhir ye saya pulang kn jugak brang hak milik beliau sebab takut la didalam itu penuh dengan barang-barang berharga milik beliau. Cume ade la skit saya copy untuk simpanan saya tapi itu dahulu. Sekrang semua ye saya telah padam disebabkan tidak mahu menanggung dosa menyimpan hak orang lain. Lagi-lagi tuan ye badan telah mengharamkan segala ye. Hehe, hari nie saya akan menduduki dua test penting iaitu satu disebelah pagi dan satu disebelah petang bagi menentukan masa depan dan perancangan merantau saya. Walaupun jauh dirantau, alhamdulillah malam tadi saya berkesempatan untuk berbual sebentar dengan ibu saya bagi meminta restu beliau dan beliau sempat lagi mengingati saya tentang berusaha sungguh-sungguh dan lupekan tentang kisah silam saya. Haha, mungkin benar kata orang dahulu iaitu ibu la yang paling memahami kite daripada orang lain. Mana tak ye 9 bulan kita dibawa ke hulu dan ke hilir sebelum kite dilahirkan kedunia ini. Memang benar sesibuk mana dan sejauh mana pun saya cuba untuk lakukan atau pergi beliau sentiasa berada diingatan selain ibu dan family saya. Pagi nie saya ade cuba untuk menghubungi teman beliau bagi menanyakan tentang beliau kerana saya thu kini beliau telah habis menduduki final exam beliau. Tapi sayang ye tidak dijawab, hehe. Mungkin masa ye tidak sesuai sebab itu tidak diangkat. Tapi apa-apa pun sekrnag saya tidak serisau dahulu selepas mengetahui ade seseorng yang beliau syang disamping beliau selalu sekrng. Sekurang-kurang ye ade la yang menemani beliau dan membahagiakan beliau selalu. Alhamdulillah, dan saya pun telah menerima cadangan dari my mum untuk menerima calon pilihan beliau selepas semua ye selesai. Mgkin itu yang terbaik kerana sesuatu perhubungan memerlukan pengorbanan. Insya-Allah selepas semua selesai saya akan cuba untuk menerima calon my mum . hehe, bak kata my mum "tak kenal maka tak cinta". Yela setelah dipikir-pikir balik dahulu bukan ye saya trus sayang pada Die . Semua ye mengambil masa dan ade kejadian yang membuat kitorng rapat dan kenal satu sama lain. Haha, andai dipikir semula memang kelakar waktu perkenalan kitorng yang tinggal kenangan dan tempat kejadian. Mungkin benar setiap kejadian ade hikmah ye dan kite hanya merancang dan Allah yang tentukan segala ye. Baik la sampai sini dahulu saya menulis kali ini kerana perlu bersiap-siap. lastly saya doakan kak long saya yang baru pertama kali pergi offshore di labuan dari kertih ,Terengganu selamat pergi dan selamat pulang. Untung la dapat pergi awal. Balik nanti boleh la pau die barang-barang. Haha, dengar mama cakap semalam die grak smlm . Cemburu pulak rasa ye dan tunggu la ketibaan saya disaner pulak ye. Sekrng bru satu dalam gengaman dan lepas nie insya-Allah ade rezeki dapat semua ye baru la bleh meyusul kak long saya.













       Tak sabar rasaye dan settlekn semua ye cepat-cepat dan pergi merantau lagi jauh lagi. Tapi mungkin lepas nie merantau dengan suri hati pilihan my mum. Haha, Insya-Allah , baik la Assalamualaikum :D

Sunday, April 7, 2013





Assalamualaikum,
        dh lama rasa nye tak menulis di dalam blog nie. Maklum la makin hari makin banyak lak kerja yang hendak dibuat. Seperti biasa tujuan utama sya menulis blog nie adalah untuk seseorng wanita yang  selalu saya sayang dan cinta walaupun dh lama kitorng tiada ape-ape. Alhamdulillah masuk thun nie genap 3 thun kitorng berpisah dan selama itu jugak la saya tidak pernah berhenti menyanyangi beliau walaupun kitorng berjauhan dan tidak berhubung langsung. Akan tetapi seminggu yang lepas saya telah menerima saya mesej dari beliau dimana beliau telah boleh memaafkan semua kesalahan saya dan beliau meminta saya doakan beliau berjaya dalam pelajaran beliau sehingga habis. Andai la boleh untuk saya memberitahu beliau secara langsung, saya ingin memberitahu beliau bahawa saya benar-benar merindui beliau selama ini dan sentiasa doakn kejayaan dan keselamatan beliau. Walaupun lepas beliau meninggalkan saya 3 thun lepas saya sentiasa ingat beliau didalam hati ini. Entah la saya pun tidak faham kenapa saya benar-benar menyanyagi beliau sepenuh hati ini walaupun ramai kawan-kawan saya menyuruh saya lupakan beliau dan membina hidup baru. Apa yang saya boleh katakan ialah ade sesuatu didalam diri beliau yang wanita kat luar sner tiada dan sesuatu itu la yang sya cari selama ini. Memang benar tiada orang yang sempurna didalam dunia ini dan tiada orang yang tidak pernah melakukan kesalahan atau kesilapan didalam hidup. Saya mengaku dahulu ketika saya bersama dengan beliau saya dan beliau terlalu banyak perselisihan faham kerana masing-masing mahukan kemenangan. Darah panas katakan dan memang benar kata-kata didalam sesuatu hadis bahawa "andai kata kita sayangkan seseorng lebih dari kita sayang Allah dan dengan hubungan itu kite semakin jauh dengan Maha Pencipta, maka Allah akan tarik sedikit demi sedikit nikmat kasih sayang yang diberikan disebabkan kerana kelalaian kite". Tapi saya bersyurkur sangat-sangat kerana beliau meninggalkan saya kerana dengan itu saya boleh muhasabah diri banyak-banyak dan mengenal sapa diri saya. Kepada yang pernah berpisah ataupun putus cinta jangan la kita terlalu bersedih sebab ade la hikmah disebalik setiap kejadian. Baru-baru nie saya dikhabarkan dari seorng teman bahawa wanita yang saya sangat-sangat saya  telah menemui seseorng ditempat belajar beliau sekrng dan beliau sekrng bahagia bersama seseorng tersebut. Alhamdulillah , walaupun sedih , tetapi saya redha dan akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian beliau. Maksudye ade la orang dapat mengantikan tempat saya untuk menjaga beliau sebab selepas nie saya akan pergi merantau jauh wat masa yang lama. Jadi tidak la saya risau akan keselamatan beliau disni. Tapi andai la dapat ingin sekali saya berjumpa dengan beliau wat kali terakhir sebelum saya pergi dan ingin mengucapkan selamat tingggal serta memberitahu beliau bahawa saya tidak pernah mengantikan beliau didalam hati ini walaupun sudah 3 thn beliau meninggalkan saya. Ala itu hanya la angan-angan sebab saya rasa saya loom cukup kuat lagi untuk berhadapan dengan beliau dan sya thu beliau masih benci untuk berjumpa dengan saya. hehe, baik la rasa nye cukup untuk hari nie saya menulis dan insya-Allah ade rezeki sya akan menulis lagi. Assalamualaikum, kenang daku dalam doa mu.( dedicated this song to him):D

Monday, April 1, 2013

setiap perasan kadang-kadang kita tak boleh ungkap dengan kata-kata. walaupun jauh sya tetap ingat awk walaupun thun ini masuk thun ke 4 kita tiada apa-apa. wish u gudluck for ur final n ur life.:D( dedicade this song to him)

Monday, March 11, 2013



Assalamualaikum ,
   
      Dah lama rasa nya saya tak menulis di blog ini , rindu pulak tetibe. Maklumla makin hari makin meningkat usia makin banyak tanggungjawab yang dipikul. Lepas habis belajar , masa untuk berkerja pulak demi masa depan keluarga dan membalas jasa kedua ibu bapa. Akhir ye saya berjaya untuk mencapai cita-cita saya yang lama saya impikan. Mesti ramai yang pelik kenapa saya shared video diatas, hahahaha . ia tak de maksud ape-ape pun. Hanya untuk berkongsi dengan semua bloggers sebab video diatas banyak isi tersirat dari lirik lagu ye. Tapi bagi yang baru putus cinta confirm sdih ye, hahahaha . maaf dipohon ok. tak de maksud apa-apa pun. ok la smoga lepas nie dpat la keep in touch selalu.wasalam