Tuesday, May 14, 2013

Assalamualaikum,

 Hari nie saya masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog saya nie. Ramai teman-teman bertaye kenapa mereka tidak boleh mencari blog nie padahal mereka tahu saya selalu menulis di blog saya. Haha, sebenarye bukan saya tidak mahu publish blog nie kat umum tapi dh memang niat asal saya menulis blog nie untuk suka-suka. Tidak  pernah terlintas untuk publish-publish berbagai. Sebab itu la langsung tiada komen sebab jikalau ada hanya untuk bacaan saya sahaja. Hari nie saya ingin berkongsi semua kejayaan saya cukup 3 thun saya berniat untuk berubah dan membuktikan pada si Die bahawa saya boleh berjaya dalam hidup saya. Walaupun semua kejayaan saya nie tidak dapat saya tunjukan secara langsung pada Die tapi saya cukup berbangga sebab ape saya niatkan selama nie telah terlaksana. Berikut adalah gmbar-gambar kejayaan saya dari mula sehingga sekrng.






Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah dan hari nie saya bukan sahaja berdiri sebagai seorng pelajar engginering tapi jugak seorng tukang masak yang berjaya. Siapa kata pelajar jurusan kejuruteraan hanya pandai pada bab-bab mesin sahaja. Haha , pada mula ye saya pun tidak percaya bahawa saya akan bergelar seorng chef sehingga pernh mencuba untuk memasuki pertandingan "Master Chef Malaysia 2012" dan alhamdulillah berjaya untuk peringkat pertama akan tetapi saya terpaksa menolak secara baik kerana pada waktu tersebut saya langsung tidak menyangka boleh layak dan  pada waktu tersebut saya masih di belajar lagi dan jikalau saya ingin meneruskan mengikuti program tersbut saya terpaksa berhenti belajar kerana terpaksa dduk di kampus tersebut lebih kurang 4 bulan. Rasa sayang memang la ada yela bukan senang nak dapat peluang tersebut tapi sekurng-kurang ye dapat gak bergmbar dengan ketua juri "Master Chef Malaysia ". Dapat la kenangan ye dan beliau mahu saya cuba lagi apabila saya habis belajar nanti sebab beliau memang tidak menyangka saya seorng pelajar mekanikal berdasarkan gaya masakan saya. Haha , saya pun tidak tahu ape yang lain ye sebab saya langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang bahagian masakan ataupun lebih tepat adalah bahagian "Culinary". Setakat chef kampung adalah sebab masak untuk family. Ape pn saya hendak berterima kasih kepada abg-abg Chef di Hotel Puteri Pan Pacific dan Persada Johor Bahru sebab hasil tunjuk ajar mereka yang tidak lokek ilmu saya makin pandai bahagian masak-memasak nie. Dan yang paling bangga ialah saya telah masak sndiri untuk majlis tunang dan kahwin kak ngah saya pada thun lepas dan awal tahun ari tu saya telah memasak untuk majlis tunang kak long saya. Berbangga rasaye sebab selain boleh menjimatkan kos pembelajaan ia jugak menaikan taraf keluarga saya apabila ramai memberi komen masakan ye sedap pada kedua ibu dan bapa saya. Apa lagi dah kata orang tua mula la nak bangga cakap anak saya sndiri la yang msak untuk majlis nie. Haha , segala kepenatan hilang apabila boleh membuat mereka gembira sementara mata nie belum tertutup sepenuh ye. Alhamdulillah jugak saya telah berjaya dalam bidang yang saya belajar apabila menerima kepujian dari jurutera-jurutera di KLIA , Subang Sky Park , Malaysian AirLines BHD , Air Asia dan LCCT , Sepang ketika saya praktikal di sner ketika sem-4 dahulu. Gmbar-gambar diatas adalah bukti saya berjaya pergi ketempat yang bukan semua orang berpeluang pergi dan masuk kesana diantara ye gmbar yang berbelakang kan banyak helikopter dan jet persendirian . Saya masih ingat lagi gmbar itu diambil ketika jet persendirian owner Bank Tabung Haji Malaysia mendarat ,tapi saya lupe nama ye , hehe. Waktu itu saya dapat lihat macam mana  orang-orang kaya Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia serta Duta-duta negara lain punye jet-jet persendirian , cume tidak semua tempat dibenarkan untuk mengambil gmbar dan membawa telefon. Semua ye adalah atas faktor keselamatan. Tapi saya berbangga kerana diberi peluang tersebut walaupn kalau nak ada jet sendiri tidak mampu so lihat pn jadilah. Haha , dan saya masih ingat lagi saya pernah berbual dengan satu penjaga jet persendirian di Subang Sky Park iaitu sehari sahaja parking kat situ bayaran ye RM5000++. Haha , mahal giler harga ye sebab satu hari sama dengan gaji kite sebagai orang biasa untuk sebulan. Dan terbaru sekali saya sedang mengambil  smua lesen-lesen bahgian Oil n Gas untuk kerja di pelantar minyak dan insya-Allah kalau akhir thun nie semua ye berjalan lancar awala thun depan saya sudah menjejakan kaki di pelantar minyak seperti Ayah dan Kak Long saya. Amin....Sebenarye banyak nak ditulis tapi mata nie dh start mengantuk sebab esk saya kena kerja pagi. Haha , baik la sampai sni sahaja saya menulis untuk kali nie. Walaupun kadang-kadang saya berasa sedih sebab semua kejayaan saya  sekrng tidak dapt saya berkongsi dengan si Die tapi ape saya boleh buat. Kite hanya merancang dan Allah yang tentukan. Sekrng saya telah pun berjumpe penganti si Die walaupun saya masih merindui kehadiran si Die. Tapi saya mesti redha dan cuba untuk membahagiakan pilihan ibu saya sebab tidak adil rasa ye bagi die jikalau saya masih mengingati yang lama sedangkan saya thu si Die telah bahagia dengan pilihan hati ye sekrng. Yang paling kelakar semlam ade sorng teman saya memberitahu saya bahwa beliau ade terserempak dengan si Die di bndar jb ari tu ketika ditempat kerja berliau dan si Die ade berpesan kepada teman saya bahawa jangan memberitahu ape-ape pada saya dimana die kerja sekrng. Haha , mule-mule memang kelakar sebab dengar statement tersebut sebab saya sendiri berjanji pada die tidak akan menganggu hidup si Die lagi sampai bile-bile. Tak ape la mybe si Die masih berdendam dengan saya ape saya boleh buat. Hanya mampu berdoa sahaja beliau selamat dan berbahagia dengan ape beliau wat sekrng. baik la semua selamat pagi dan Assalamualaikum. (sya rindu kamu hney):"(

Thursday, May 9, 2013

Assalamualaikum,
 
  Alhamdulillah hari nie saya masih diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi Allah oleh yang Maha Esa. Semalam merupakan hari yang agak penting didalam hidup saya kerana saya telah dipertemukan dengan bakal menantu pilihan ibu saya. Pada mula ye secara jujur memang berat hati nie nak berjumpe kerana saya rasa belum bersedia untuk mengantikan si Die didalam hati yang telah hampir 3 thun saya menunggu beliau sejak kami berpisah. Tapi perjanjian tetap perjanjian, masa yang telah diberikan oleh keluarga saya telah sampai masanye. Saya kena redha bahawa si Die bukan jodoh saya dan ade hikmah yang berlaku disebalik perpisahan kami dahulu. Tapi saya telah nekad bahawa saya tidak akan menjadi seperti saya dahulu iaitu terlalu menyanyangi dan mencintai seseorang manusia kerana seperti yang kite tahu bahawa kasih sayang antara sesama manusia adalah hanya sementara dan penuh dengan dugaan dan ada kalanye berlaku perpisahan, akan tetapi kasih sayang kepada Allah dan Rasul serta jihad adalah berkekalan sehingga ke akhirat. Pada pertama kali saya bertemu dengan bakal suri hati saya ialah perkara yang pertama saya lihat adalah beliau merupakan seorng yang tegas dan tggi agama nye. Saya bukan nye mahu seorng yang perfect ataupun alim dan bertudung labuh berbagai, cukup la sekadar jikalau beliau rajin mengerjakan suruhan Allah dan tahu menjaga dan menghindari diri dari perbuatan maksiat dan kemungkarn. Ini disebabkan jikalau beliau adalah jodoh saya , kesemua dosa-dosa yang beliau lakukan selepas kami berkahwin akan ditanggung oleh saya. Orang ye boleh la hendak dikatakan seorng yang manis jika dilihat dari mata kasar ibarat macam sejuk mata memandang. Hehe, dan beliau pun seorng yang suka memasak dan suka akan warna biru. Kira sama dengan saya kerana saya memang suka memasak dan biru adalah warna kegemaran saya dari dahulu lagi. Boleh dikatakan kami berdua banyak mempunyai persamaan dari segi minat, warna kegemaran dan macam-macam lagi. Yang paling kelakar beliau pun seorng yang suka akan aktiviti lasak sama seperti saya contoh ye seperti mendaki gunung. Haha, kira memang bnyak la persamaan kami. Tapi saya tidak pasti adakah ini semua hanya kebetulan ataupun ini la yang dinamakan jodoh dari Allah. Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab Die Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui apayang terbaik untuk hamba ye. Walau ape pun kami berdua telah berbincang bercinta mengikut cara Islam seperti tidak berjumpe dan tidak selalu berhubung dan semua itu dipermudahkan sebab beliau tinggal di negeri sembilan. Semuaye demi mengelakkan perbuatan maksiat, semua itu pengalaman yang banyak mengajar saya dan beliau kerana beliau pun pernah ditinggalkan oleh kekasih beliau dahulu. Hehe , semuaye saya bergantung pada Allah kerana jika beliau adalah jodoh saya saya redha dan terima beliau dengan ikhlas. Saya tidak mahu merancang banyak-banyak kerana takut akan pengalaman yang lepas. Semalam pun saya telah diberitahu oleh seorng teman baik saya bahawa si Die telah mengetahui akan perkara ini dan nampak ye semuaye ok. Si Die lebih rasa gembira sebab tak ada la saya mengganggu lagi hidup beliau. Hehe , alhamdulillah semuaye berjalan lancar dan dari sekrng saya kena fokus pada kerjaya saya kerana tidak lama lagi saya akan memikul satu tanggungjawab yang besar. Bukan senang hendak menangggung anak dara orang nie sebab kalau dahulu ape yang ada saya makan janji tidak lapar dan pakaian pun kalau sama je sentiasa tak apejanji boleh pakai ,  tapi sekrng lain. Rasa takut memang ada tapi saya redha andai ini yang ditulis yang terbaik untuk saya. Tidak sabar rasa nye hendak mempunyai anak sendiri dan bermain dengan anak sendri maklumla ramai kawan-kawan sekolah saya dahulu sudah mendirikan rumah tangga dan ade yang anak dah masuk yang kedua. Haha , rezeki masing-masing. Tapi bile dipikr semula memang kelakar kerana beliau seorng yang berkulit putih ala-ala cina manakala saya hitam ala-ala india. Haha , harap sangat anak- anak kami jangan mengikut warna kulit saya. Haha , tapi semua itu jauh sangat, majlis pun belum wat ape-ape. Baik la sampai sini sahaja saya menulis untuk kali nie. Assalamualaikum dan selamat pagi .:D