Tuesday, September 13, 2011

6 soalan Imam Ghazali..


6 SoaLan...


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


p/s: Ingatah sahabat dunia nie penuh dgn ujian dan cobaan.....
Jom sama2 Muhasabah diri...(^_~)

apabila kiamat itu datang..




Dalam perjalanan pulang, aku tersesat keliru dengan arah mana ku tuju. Keretaku terpusing entah ke utara, selatan, timur atau pun barat. Keadaan semakin kabut pabila angin meniup kencang, langit bergelap, cahaya pun hilang.

Jalan-jalanraya terhakis, menyebabkan kebanyakan kenderaan pun terbenam. Ada perkara yang asing lagi berlaku pabila jalan-jalanraya itu sendiri terapung beralun seolah-olah ada gelombang yang sedang laju ke arahku. Bangunan kiri dan kanan ku bergegar, runtuh yang semakin tambah gempanya.

Di kala memandu kereta, aku terus memecut laju entah mana hendak dituju. Degupan jantung usah dicerita, barangkali seribu denyut seminit. Perasaan takut semakin membuak, panik, dengan keadaan semakin sesak gempanya, entah ke mana lagi hendakku lari.

Hanya berbalik pada Rabbil ‘Alamiin, yang menentukan segalanya. Hati ini tak henti-henti memohon keampunan pabila terdetiknya akal tentang kiamat. Adakah hari ini pengakhir segala hari? Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Dalam kekeliruan ku memandu kereta, ku terus ke arah sebuah bangunan(hospital) yang hampir (jalanku buntu).

Setibanya di dalam bangunan tersebut, ku terlihat segolompok orang awam yang kononnya selamat dari bencana yang sedang berlaku di luar sana. Ku bersyukur, dalam kebuntuan dan ketakutan yang ku alami sendirian akhirnya ada bertemankan ramai orang. (mungkin semua sedang berlindung)

Secara tiba-tiba bangunan ini terasa ‘dibolak-balikkan’, di mana graviti pun asyik bertukar dan beralih arah. Ada yang ke kanan, ke atas, ke belakang, semua pergerakan tak dapat dikawal. Keadaan semakin bising, serabut dan kini tiada lagi kudrat untuk mengelak atau melarikan diri…..

Hatiku menjerit takut, ya Allah selamatkanlah hambaMu ini..

Dan akhirnya, aku terjaga dari mimpi, kira-kira jam 3.30am yang riuh dengan jam loceng tuk bangun subuh. Alhamdulillah, mungkin inilah gambaran apa yang bakal berlaku kelak, malah akan berlaku perkara yang lebih dasyat lagi seperti apa yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al-Quran.

Astaghrirullah..” ku terlafaz, dan aku terus bangun dari tempat tidur

Amalan yg dituntut agama..





“Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Haj ayat 77)


Di dalam kitab Al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyeru kita untuk melakukan kebaikan dan berluma-lumba ke arahnya.

Mereka yang segera melakukan kebaikan , akan mendapat pujian bukan hanya sesama manusia, bahkan dari Allah yang turut menjanjikan ganjaran yang tidak terhingga. Tuntutan dalam melakukan kebaikan seperti mentaati Allah dan melakukan kebajikan, bukan sahaja pada diri kita, malah nabi dan rasul yang diutuskan juga telah diperintahkan, seperti yang dapat dilihat pada ayat 73, Surah An-nabiya yang bermaksud, “Dan kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan...”


Melakukan kebajikan sesama manusia adalah kebaikan, bicara baik yang keluar dari mulut juga kebaikan dan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan masyarakat adalah kebaikan. Tabiat semulajadi manusia yang bersih menuju kepada kebaikan. Semua manusia suka kepada kebaikan dan tertarik kepadanya, termasuk mereka yang kerap melakukan kesalahan, terpendam kebaikan di dalam nalurinya. Kebaikan mempunyai takrifan yang luas dan ukuran tersendiri berdasarkan subjek. Selalunya ia mengikut pertimbangan akal, dengan pengaruh adat dan budaya masyarakat. Disebabkan itu juga kadangkala sesuatu yang baik bagi sebuah masyarakat, dianggap sebaliknya bagi masyarakat lain.

Al-Quran juga ada menegaskan bahawa mereka yang berbuat kebaikan walaupun seberat zarah, akan dilihatnya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Surah Az-Zalzalah.

Dalam kitab al-Muwatta’, diriwayatkan satu hadis bermaksud: “Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a. dan di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang: Ambil sebutir dan berikan kepadanya! Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan. Maka Aisyah pun berkata: Apakah engkau hairan! Berapa bezanya antara sebiji ini dengan sebesar zarah. Setiap amalan baik yang dihulurkan kepada manusia, bahkan kepada haiwan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini, sekalipun kecil adalah diredai Allah.”

Kebaikan tidak semudah dikata, malah bagi sesetengah orang sukar untuk melaksanakannya. Oleh itu, usaha ke arah kebaikan perlu kepada latihan dan kebiasaan sehingga ia sebati dan mesra dengan hati. Melatih dan membiasakan amalan baik sejak kecil, seperti dilakukan guru terhadap kanak-kanak di pusat asuhan dan sekolah kini adalah asas terpuji dan baik untuk pembentukan akhlak yang mulia. Islam menyuruh kita supaya mendidik anak dengan keperibadian Muslim yang mulia, membiasakannya dari kecil supaya mengamalkannya apabila meningkat remaja.Kebaikan adalah medan akhlak Islam dan seperti dikatakan daerahnya cukup luas, tetapi melalui wahyu ia dijelaskan secara terperinci.


Melemparkan wajah yang manis, senyum bila bertemu, membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan dan memulakan langkah ke masjid juga adalah kebaikan yang tanpa kita sedari. Dengan segala amal yang baik, diberi pula ganjaran dariNya. 


Dan tanpa disedari, waktu pun cepat berlalu kerana matahari dan bulan tidak bersifat menunggu. Justeru, usaha dan tindakan kebaikan sewajarnya tidak ditunggu, malah patut berlumba-lumba untuk melakukannya.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia dari kejahatannya. Bahagialah orang yang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebajikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan dari kata-katanya.” (Hadis riwayat Tabrani) 


“WE ARE REAL MUSLIMS”