Thursday, May 9, 2013

Assalamualaikum,
 
  Alhamdulillah hari nie saya masih diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi Allah oleh yang Maha Esa. Semalam merupakan hari yang agak penting didalam hidup saya kerana saya telah dipertemukan dengan bakal menantu pilihan ibu saya. Pada mula ye secara jujur memang berat hati nie nak berjumpe kerana saya rasa belum bersedia untuk mengantikan si Die didalam hati yang telah hampir 3 thun saya menunggu beliau sejak kami berpisah. Tapi perjanjian tetap perjanjian, masa yang telah diberikan oleh keluarga saya telah sampai masanye. Saya kena redha bahawa si Die bukan jodoh saya dan ade hikmah yang berlaku disebalik perpisahan kami dahulu. Tapi saya telah nekad bahawa saya tidak akan menjadi seperti saya dahulu iaitu terlalu menyanyangi dan mencintai seseorang manusia kerana seperti yang kite tahu bahawa kasih sayang antara sesama manusia adalah hanya sementara dan penuh dengan dugaan dan ada kalanye berlaku perpisahan, akan tetapi kasih sayang kepada Allah dan Rasul serta jihad adalah berkekalan sehingga ke akhirat. Pada pertama kali saya bertemu dengan bakal suri hati saya ialah perkara yang pertama saya lihat adalah beliau merupakan seorng yang tegas dan tggi agama nye. Saya bukan nye mahu seorng yang perfect ataupun alim dan bertudung labuh berbagai, cukup la sekadar jikalau beliau rajin mengerjakan suruhan Allah dan tahu menjaga dan menghindari diri dari perbuatan maksiat dan kemungkarn. Ini disebabkan jikalau beliau adalah jodoh saya , kesemua dosa-dosa yang beliau lakukan selepas kami berkahwin akan ditanggung oleh saya. Orang ye boleh la hendak dikatakan seorng yang manis jika dilihat dari mata kasar ibarat macam sejuk mata memandang. Hehe, dan beliau pun seorng yang suka memasak dan suka akan warna biru. Kira sama dengan saya kerana saya memang suka memasak dan biru adalah warna kegemaran saya dari dahulu lagi. Boleh dikatakan kami berdua banyak mempunyai persamaan dari segi minat, warna kegemaran dan macam-macam lagi. Yang paling kelakar beliau pun seorng yang suka akan aktiviti lasak sama seperti saya contoh ye seperti mendaki gunung. Haha, kira memang bnyak la persamaan kami. Tapi saya tidak pasti adakah ini semua hanya kebetulan ataupun ini la yang dinamakan jodoh dari Allah. Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab Die Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui apayang terbaik untuk hamba ye. Walau ape pun kami berdua telah berbincang bercinta mengikut cara Islam seperti tidak berjumpe dan tidak selalu berhubung dan semua itu dipermudahkan sebab beliau tinggal di negeri sembilan. Semuaye demi mengelakkan perbuatan maksiat, semua itu pengalaman yang banyak mengajar saya dan beliau kerana beliau pun pernah ditinggalkan oleh kekasih beliau dahulu. Hehe , semuaye saya bergantung pada Allah kerana jika beliau adalah jodoh saya saya redha dan terima beliau dengan ikhlas. Saya tidak mahu merancang banyak-banyak kerana takut akan pengalaman yang lepas. Semalam pun saya telah diberitahu oleh seorng teman baik saya bahawa si Die telah mengetahui akan perkara ini dan nampak ye semuaye ok. Si Die lebih rasa gembira sebab tak ada la saya mengganggu lagi hidup beliau. Hehe , alhamdulillah semuaye berjalan lancar dan dari sekrng saya kena fokus pada kerjaya saya kerana tidak lama lagi saya akan memikul satu tanggungjawab yang besar. Bukan senang hendak menangggung anak dara orang nie sebab kalau dahulu ape yang ada saya makan janji tidak lapar dan pakaian pun kalau sama je sentiasa tak apejanji boleh pakai ,  tapi sekrng lain. Rasa takut memang ada tapi saya redha andai ini yang ditulis yang terbaik untuk saya. Tidak sabar rasa nye hendak mempunyai anak sendiri dan bermain dengan anak sendri maklumla ramai kawan-kawan sekolah saya dahulu sudah mendirikan rumah tangga dan ade yang anak dah masuk yang kedua. Haha , rezeki masing-masing. Tapi bile dipikr semula memang kelakar kerana beliau seorng yang berkulit putih ala-ala cina manakala saya hitam ala-ala india. Haha , harap sangat anak- anak kami jangan mengikut warna kulit saya. Haha , tapi semua itu jauh sangat, majlis pun belum wat ape-ape. Baik la sampai sini sahaja saya menulis untuk kali nie. Assalamualaikum dan selamat pagi .:D