Thursday, March 22, 2012

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani, pagi ini saya nak berkongsi satu cerita. Pagi ini sudah masuk hari ketiga saya berbaik semula dengan seseorng yang sudah hampir 2 thun kami tak bertegur dan putuskan hubungan . Sebenar ye tak pernah terlintas dihati ini ingin bermusuhan dengan orang yang pernah membahagiakan saya, cume biasa la manusia, keegoan yang sangat la tinggi dan kalau boleh dibandingkan dengan mana-mana bangunan tertinggi di dunia semua ye kalah. Saya sebenarye tak faham situasi kami, kerana dari dahulu setiap kali kami berbaik semula selepas bergaduh pasti akan bergaduh kembali. Seperti ade sahaja yang tak kena, saya pun kadang2 hairan dengan situasi tersebut. Nampak ye situasi tersebut kembali lagi hari ini, sya pun kadang2 merasa sedih dan terfikir adakah ini ujian Allah kepada saya serta pasangan saya kerana kami berdua banyak melakukan kesilapan dahulu ketika menjalinkan hubungan dahulu. Kadang2 perkara tersebut tak la sebesar mana tapi boleh menjadi besar seperti bumi. Sebut2 pasal bumi ini ade satu kisah jugak sebab dahulu time kami berdua mule2 berkenalan  time disekolah saya diberi nama si "bumi" manakala die diberi nama si "matahari". Saya pun kurang pasti macam mana saya boleh diberi gelaran tersebut. Mgkin disebabkan sifat fizikal saya yg agak besar kut. hahaha, ok sambung balik ke topik asal ,saya sebenar ye mengaku dalam masa 2 thun kami tidak berhubung langsung saya ada mengikut perkembangan hidup beliau dari teman2 serta fb beliau. Saya thu menceroboh fb beliau merupakan satu kesalahan yg besar serta berdosa, tapi enth la saya menjadi risau andai saya ade terdgr2 dari teman2 beliau yg dimula rapat dengan seseorng yg bernama "lelaki". Ia bukan la sifat cemburu , jauh sama sekali tetapi lebih kepada mengambil berat + risau sangat andai lelaki tersebut mendatangkan kemudaratan kepada beliau. Ibu saya pernah memarahi saya kerana saya masih mengambil berat tentang beliau sedangkan seluruh ahli keluarga beliau termasuk beliau membenci saya sebenci-bencinye. Entah la kalau difikirkn balik saya sama seperti seekor lembu hitam yang berkurap yang ingin bergaul dengan sekumpulan lembu putih yang bersih, tetapi bile dipikirkan balik saya sedia menerima segala hinaan asalkn beliau berbahagia. Saya thu peluang saya untuk bersama semula dengan die langsung tiada sama sekali, inikan pula bernikah dengan beliau. Tapi saya bersyukur andai die dapat bersama dengan seseorng yg betul2 menyayangi dan mencintai beliau sepenuh hati serta dapat menjaga beliau sehingga akhir hayat beliau. Cukup la itu buat saya kerana saya thu ade ramai lelaki diluar sner yg boleh membimbing beliau menuju ke jalan Allah seperti yg beliau mahukan.  Disebabkan itu la andai saya mengetahui dengan sesiapa die rpat saya pasti akan menyiasat dalam diam ala2 cerita kartun jepun "conan", hahaha. Kadang2 family saya mengelar saya seprti orang yg x de maruah sebab dh dibnci dan dihina, masih lagi sibuk2 mengambil berat. Tetapi saya ingat ade sekali itu ibu saya memberitahu saya yang dikenal saya. Die thu saya ini jenis yang tak mudah menyayangi seseorng dan kepala batu. Andai satu kata saya satu la, biar ramai mana pun yang mahukan saya kata dua tak mgkin. Ape2 pun saya bersyukur sangat ibu saya dan kak long saya masih faham dan hormati keputusan saya. Kak long saya ade pernah ckp kat saya yg "jika benar die adalah jodoh kamu walau seramai mana isi bumi menghalang, die tetap akan pergi ke kamu dan andai die bukan jodoh kamu walau seramai mana pun isi bumi cube satukan kamu die tetap tidak akan pergi ke kamu". Tetapi saya sedar bahawa saya tidak akan bersama dengan beliau disebabkan saya ini tiada ciri2 pasangan yg dimahukan sebab dipermulaan perkenalan kami die pernah berkata begitu kepada saya. Andai 2 thun dahulu saya tak dapat menerima ini semua , tetapi sekrng sya sudah mule sedar siapa saya, bagaimana rupe saya, ape jenis pakaian saya dan tggi mana ilmu agama saya. Tapi yg paling menyedihkan pagi ini bile tdi selepas saya selesai menunaikan solat sunat sedang2 saya mengemas buku2 sya terjumpe sekeping kertas yg saya akan simpan sebagai kenangan sampai bile2 kerana itulah kali pertama didalam hidup saya menerima sekeping list barang2 untuk dibawa bagi melanjutkan pelajaran.


list barng2 bersiap tnda tangan beliau..


            peringatan yang menjadi kenangan manis dalam hidup saya..

nampak ye saya dah bernekad mulai hari ini walaupun saya sudah berbaik semule dengan beliau saya tidak akan menelifon ataupun menghantar mesej kepada beliau kerana beliau memberitahu saya bahawa orang terpnting dalam hidup beliau cemburu saya berbuat demikian. Saya dah tidak boleh berbuat ape2 kerana saya ptut sedar bahawa die sekrng sudah dimiliki seseorng yg boleh mengambil berat tentng beliau dan menyayangi beliau sama seperti beliau menyayangi orang tersebut. Sebenar ye niat saya bukan la mahu menganggu hubungan mereka , jauh sama sekali ingin merampas ape2. Saya sekadar mahu memastikan beliau berada dalam keadaan yg baik. Itu sahaja tpi ape boleh dibuat, dari saya terus dipersalahkan disebabkan membuat beliau tidak selesa dengan tindakan saya tersebut adalah lebih baik saya mengundur diri.  Saya harap sangat die berbahagia bersama orng yg di cari2 selama ini iaitu seseorng yg boleh membawa beliau ke jalan Allah dan muslimah tidak seprti saya. ok insyaAllah ade rezeki sya akan berkongsi lagi cerita tntng hidup saya lagi. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.....(",)

si kumbang dan bunga..



Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.


Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .
Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.
Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .
Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.
Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.
Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.
Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.

Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.
Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .
Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .
Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .
' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .
oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.