Thursday, July 18, 2013

Assalamualaikum,

            Alhamdulillah hari nie saya masih diberikn kesempatan untuk bernafas di bumi Allah dan hari nie merupakan hari ke-9 saya dan seluruh umat Islam di bumi Allah nie berpuasa bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia nie. Sudah lama rasanye saya tidak menulis di blog saya nie , makin hari makin bnyak kerja dan tugasan perlu dilakukan. Bak kata pepatah seorng penulis puisi lama " work and problem will not end until you end". Maksudnye kerja dan masalah tidak akan selesai sehingga Sang Pencipta menjemput kite kembali. Hari nie sudah masuk hari ke-4 kesihatan saya tidak berapa sehat , batuk + demam + sakit-sakit satu badan+ sakit tekak = package smua sekali  , hahaha , akan tetapi puasa tetap puasa. Tidak sehat bukan la lesen untuk saya tidak berpuasa kerana seperti didalam Al-Quran ade tertulis setiap penyakit yang datang adalah salah satu cara untuk menghapuskan segala dosa-dosa kecil seorng hamba-Nye . Mungkin ade hikmah kenapa saya diberikan dugaan nie ketika berpuasa. Allah kan Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
            Haryana binti Abdul Hamid. Nama nie sentiasa berada didalam ingatan walau dimana saya berada dan ape yang saya lakukan. Beliau merupakan gadis pertama yang berjaya menawan hati saya  ketika umur saya 19 thun pada 18 ogos 2009.. Hari nie genap 3 thun kami berpisah dan saya msih ingat lagi kami berpisah sebulan sebelum tarikh kami bersama iaitu 18 julai. Walaupun mcam didalam cerite-cerite atau drama-drama sekrng , seorng lelaki akan mudah untuk mencri lain apabila berlaku perpisahan akan tetapi bnde itu tidak terjadi kepada saya. Walaupun saya thu beliau sudah ade pengganti saya didalam hidup beliau , saya masih tidak dapat mencari mana-mana pengganti beliau didalam hati saya nie. Entah la bukan tidak pernah mencuba tapi nie semua adalah soal hati yang susah untuk diungkapkan. Tapi saya tetap bersyurkur kerana Allah telah menemukan saya dengan beliau walaupun hubungan kami bertahan tidak sampai setahun. Sebab utama perpisahan kami biar la jadi rahsia antara saya, beliau , dan Allah sebab saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Boleh dikatakan semua masalah berpunca dari sikap saya dan faktor berjauhan. Mana tak ye sorang kat utara dan sorng kat selatan. Cemburu dan kurang sifat memahami adalah salah satu sebab ye. Walau bagaimana pun sekanrg setelah saya habis menamatkan pengajian saya , beliau pula bru untuk menyambung pegajian di UITM , Segamat didalam bidang akaun iaitu bidang yang paling beliau minat sejak di bangku sekolah lagi. Memang benar walau tak sampai setahun kami bersama kami begitu banyak kenangan dan cerite-cerite manis. Tapi ape yang boleh dilakukan kite sebagai manusia hanya merancang dan Allah yang menetukan segala nye. Dari ape yang saya dengar beliau masih membenci saya dari sjak kami berpisah sehingga la sekrng. Beliau pun telah menemukan pengganti di hati beliau iaitu seorng yang sudah berbelas tahun beliau menunggu . Haha , ape yang boleh saya lakukan adalah redha sebab mgkin nie la yang terbaik untuk saya dengan beliau. Saya pun sudah mengambil keputusan iaitu jikalau ade rezeki selepas raya puasa nie saya akan merantau jauh demi membuktikan bahawa saya boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa  dan target saya adalah Iraq under syarikat agak ternama iaitu Shell and Gas. Saya mengambil keputusan nie pun kerana saya masih tidak kuat untuk melupakan beliau didalam hati nie dan demi keselesaan semua orang saya terpaksa pergi. Kelepasan dari ahli keluarga tidak jadi masalah kerana mereka sentiasa sokong dengan ape yang saya lakukan dan mereka faham bahawa saya masih tidak dapat melupakan nama "Haryana ataupun Honey" didalam hati saya nie. Tapi yang paling kelakar yela dengan nama Honey, mule-mule saya agak malu untuk memanggil beliau dengan panggilan tersebut lagi-lagi ketika di khalayak umum. Siap kena paksa-paksa lagi sehingga la beliau pernah merajuk disebabkan paggilan tersebut. haha, biar la smua itu jadi kenangan dan pengalaman manis bagi saya sepanjang hidup sya. Baik la sampai sni dahulu saya menulis sebab ade tugasan yahng perlu disiapkan untuk dihantar esk. Kerja oh kerja ,  hehe. baik la saya doakan beliau akan sentiasa bahagia dan msuk kali nie sudah 3 kali raya kite tidak bersama dan cume sekali sahaja kami berpeluang beraya bersama. Dapat la gak, alhamdulillah. Baik la semua Assalamualaikum dan selamat malam:D