Thursday, April 18, 2013

Assalamualaikum,

   Hari ini saya tidak berkongsi tentang cerita si Die tapi hari nie saya hendak berkongsi tentang seorng kawan baik saya yang baru sahaja pulang ke rahmatullah iaitu Shiekh Muhammad Azri b. Shiekh Annuar ataupun lebih dikenali dengan telor di EC. Kami telah berkawan sejak dari form 1 di Maktab Sultan Abu Bakar, JB dan pada form 3 kami berpisah kerana beliau telah menerima tawaran ke sekolah teknik lepas keputusan PMR. Lebih kurang 3 tahun kami putus hubungan dan ketika di IPTA kami bertemu semula secara tidak segaja ketika di kedai makan di penang. Beliau merupakan seorng yang periang dan tidak kedekut sebab beliau suke menolong orang yang sedang dalam kesusahan. Tapi apa kan daya Allah lebih menyanyangi beliau dan telah menjemput beliau lbih awal dari saya. Yang paling sedih saya sempat bertemu dengan arwah 3 hari sebelum beliau meninggal. Sebak rasa nye hati nie apabila ingat kembali sebab ketika kali terakhir bertemu dengan beliau kitorang sempat bergurau-gurau seperti biasa dan beliau tidak meninggalkan ape-ape tanda bahawa beliau akan meninggalkan saya dan semua. Pada mula-mula dapat khabar berita tentang pemergian beliau saya macam x caya sebab masa kali terakhir berjumpe dengan beliau,  beliau ade meninggalkan kepada saya satu set speaker. Kalau diingat kembali memang sedih dan sayu. Apa-apa pun saya berdoa beliau tenang di sana dan dicucuri rahmat. Kamu tetap teman baik aku telur. Al-Fatihah.....