Sunday, April 7, 2013





Assalamualaikum,
        dh lama rasa nye tak menulis di dalam blog nie. Maklum la makin hari makin banyak lak kerja yang hendak dibuat. Seperti biasa tujuan utama sya menulis blog nie adalah untuk seseorng wanita yang  selalu saya sayang dan cinta walaupun dh lama kitorng tiada ape-ape. Alhamdulillah masuk thun nie genap 3 thun kitorng berpisah dan selama itu jugak la saya tidak pernah berhenti menyanyangi beliau walaupun kitorng berjauhan dan tidak berhubung langsung. Akan tetapi seminggu yang lepas saya telah menerima saya mesej dari beliau dimana beliau telah boleh memaafkan semua kesalahan saya dan beliau meminta saya doakan beliau berjaya dalam pelajaran beliau sehingga habis. Andai la boleh untuk saya memberitahu beliau secara langsung, saya ingin memberitahu beliau bahawa saya benar-benar merindui beliau selama ini dan sentiasa doakn kejayaan dan keselamatan beliau. Walaupun lepas beliau meninggalkan saya 3 thun lepas saya sentiasa ingat beliau didalam hati ini. Entah la saya pun tidak faham kenapa saya benar-benar menyanyagi beliau sepenuh hati ini walaupun ramai kawan-kawan saya menyuruh saya lupakan beliau dan membina hidup baru. Apa yang saya boleh katakan ialah ade sesuatu didalam diri beliau yang wanita kat luar sner tiada dan sesuatu itu la yang sya cari selama ini. Memang benar tiada orang yang sempurna didalam dunia ini dan tiada orang yang tidak pernah melakukan kesalahan atau kesilapan didalam hidup. Saya mengaku dahulu ketika saya bersama dengan beliau saya dan beliau terlalu banyak perselisihan faham kerana masing-masing mahukan kemenangan. Darah panas katakan dan memang benar kata-kata didalam sesuatu hadis bahawa "andai kata kita sayangkan seseorng lebih dari kita sayang Allah dan dengan hubungan itu kite semakin jauh dengan Maha Pencipta, maka Allah akan tarik sedikit demi sedikit nikmat kasih sayang yang diberikan disebabkan kerana kelalaian kite". Tapi saya bersyurkur sangat-sangat kerana beliau meninggalkan saya kerana dengan itu saya boleh muhasabah diri banyak-banyak dan mengenal sapa diri saya. Kepada yang pernah berpisah ataupun putus cinta jangan la kita terlalu bersedih sebab ade la hikmah disebalik setiap kejadian. Baru-baru nie saya dikhabarkan dari seorng teman bahawa wanita yang saya sangat-sangat saya  telah menemui seseorng ditempat belajar beliau sekrng dan beliau sekrng bahagia bersama seseorng tersebut. Alhamdulillah , walaupun sedih , tetapi saya redha dan akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian beliau. Maksudye ade la orang dapat mengantikan tempat saya untuk menjaga beliau sebab selepas nie saya akan pergi merantau jauh wat masa yang lama. Jadi tidak la saya risau akan keselamatan beliau disni. Tapi andai la dapat ingin sekali saya berjumpa dengan beliau wat kali terakhir sebelum saya pergi dan ingin mengucapkan selamat tingggal serta memberitahu beliau bahawa saya tidak pernah mengantikan beliau didalam hati ini walaupun sudah 3 thn beliau meninggalkan saya. Ala itu hanya la angan-angan sebab saya rasa saya loom cukup kuat lagi untuk berhadapan dengan beliau dan sya thu beliau masih benci untuk berjumpa dengan saya. hehe, baik la rasa nye cukup untuk hari nie saya menulis dan insya-Allah ade rezeki sya akan menulis lagi. Assalamualaikum, kenang daku dalam doa mu.( dedicated this song to him):D