Friday, March 30, 2012

bismillahirahmanirahim..hari nie time solt jumaat saya ade terdgr tntang satu kisah yg menarik perhatian saya. Kisah dimana tntang seseorng yg kite semua x pernah melihat wajah ye ataupun berjumpe dengan ye. Seseorng dimana dari dahulu sehingga sekrng kite mengikut segala perbuatan ye yg telah dijaminkn syurga oleh Allah sejak dari kelahiran ye lagi. Kadang2 pernh tak kite terfikir sapa la kite sagat andai kite memandu kereta-kereta besar dan harta melambak2 sedangkn Rasullullah yg pernah melihat Allah iaitu pencipta kite x pernah berlagak ataupun merasa sombong dengan ape yg beliau telah dijnjikan. Rasullullah syurga oleh Allah tetap malakukan perintah ye dan menjauhi segala larangan ye.Hurmmm, kite ini tiada ape2 bule dihisap nanti dipadang mashyar. Hari ini saya baru megetahui bahawa mrs "H" saya telah berhubung kembali dengan seseorng yg die telah lama menunggu2 kehadiranye. Walaupun jauh disidut hati ini terasa sdih tetapi saya bersyukur kerana die telah berjumpe dengan seseorng yg die inginkn selama ini. Saya pun baru dapat thu bahawa beberapa hari lepas beliau ade bermimpi tentang beliau dikejar ular. Kerisauan terus melanda bile terigat kembali tntang mimpi yg saya dapat dahulu. Enth la adakah ini pertunjuk ye ataupun hanya mainan tidur. Semua itu hanya Allah sahaja yg thu kerana Die Maha Mengetahui segala kejadian yg akan berlaku. Tapi saya berharap sangat2 bahwa beliau akan selamat tidak kira ape sahaja yg beliau buat kerana beliau adalah segala2 ye bagi saya, Walaupun beliau bnci akan saya tetapi beliau sentiasa berada dihati saya. InsyaAllah ade rezeki sya akan menulis lagi blog nie..Assalamualaikum n salam ukhwah semua.

Monday, March 26, 2012

Bismillahirahmanirahim..hari ini saya tiada kelas kerana semua kelas dibatalkan disebabkan presentation final projeck sem akhir. hari ini saya hendak berkongsi tntng seseorng yg selalu saya jumpe dan hubungan kami baik diri sem 1 sampai sem 5 tetapi sejak akhir2 ini perhubungan kami agak dingin. Kami bukan la sebuah pasangan kekasih ke ape ke tetapi teman.Teman yg selalu berkongsi  masalah suka dan duka, melakukan satu tugasan bersama2 . Yang lawak ye adek beliau pun satu kelas dengan adek saya di poli jb. Teman baik lak 2. Kelakar2. Yang saya pelik ialah dengan perwatakan beliau yg tetibe berubah. Dahulu yg pntang jumpe saya mesti akan menjerit2 memangggil saya tetapi sekrng dh jupe sebelah pun kami langsung x bertegur. Ramai rakan2 saya pelik sebab ramai yg thu saya memang rapat dengan beliau. Hendak kata saya melakukan silap rasa ye x de tapi x thu la, yela orang perempuan nie makin tingkat usia makin kuat terasa ye. Tapi pernah saya terdgr2 suara2 saya memberithu saya bahawa yg sebenarye beliau suke pada saya. Memang la andai dilihat dari mata kasar kami seperti satu pasangan  kekasih sebab kemana saje mesti bersama(tapi x la selalu sangt). Die sakit saya jeguk beliau, belikan ubat dan mcm2 lagi. Kira carring mcm seorng suami untuk seorng isteri. Saya ingt satu peristiwa yg rasa ye saya wat die mcm nk ngis(x thu la tpi muke die mcm nk ngis time 2), ptg 2 kami berjalan la berdua lepas balik dari kelas lepas itu saya nampak muke die pucat semacam,mana tak nampak die seorang yg berkulit putih andai pucat meamgn nampak la. Lepas itu die bagitau saya yg mlm tdi penyakit semput die datang balik lepas itu time itu pula ubat semput die abis. Selepas itu die terpaksa bertahan sampai ok . Saya pun memarahi beliau kerana kenapa la tidak memberithu saya kerana rumah beliau bukn jauh pun dengan rumah saya.Saya thu beliau mengalami masalah dan beliau malu hendak memberithu. Selepas saya menghantar beliau pulang saya pun pergi ke kedai untuk membelikan ubt untuk beliau. Yang lawak ye saya langsung tak pernh membeli ubt2 an untuk orang semput nie. Selamat la orang kedai itu pandai die la rekomenkan saya beberapa jenis ubt. Time itu la hujan turun dengan lebat. Lagi risau la saya sebab pernh saya baca dlm stu aktikel bahawa suhu yg agak sejuk berbahaya untuk orang yg ade peyakitsemput atau lelah kerana ini akan membuat mereka sukar untuk bernafas. Hujan pun hujan la saya redah je untuk pergi ke rumah beliau dengan basah2. Bile dh sampai rumah beliau saya pun memanggil beliau keluar dan tidak memberithu ape tujuan ye. Sje je nk wat gempak time itu, lepas je die keluar saya pun menghulurkan satu beg plastik ubt untuk peyakit semput dan tindkan pertama die saya yg kena marah sebab wat die malu.hahaha,x pahm btul. Time itu la saya dapat lihat muke die mcm nk ngis tpi x thu la btul ke x. Tkut saya yg perasann je yela time itu saya dh kesejukan giler2 sebab kena hujan. Lepas saya serah kan ubat tersebut saya pun terusa beredar . Itu dlu tapi sekrang tidak. Sikap die makin ari makij dingin. Asyik macm nk mengamuk je pun ade. Pelik2. Saya harap sangt sikap dingin beliau akan berlalu pergi cpt2 sebab beliau kalau mrh tkut 2. Bukan saya sahaja yg tkut rakan2 yg lain pun sama. Muke die memeng la comel kalau biasa2 tapi bile mrh Ya Allah menakut kan.k Assalamualaikum.

Friday, March 23, 2012

Bismillahirahmanirahim..hari ini saya telah menerima satu kisah sedih kerana mama saya baru sahaja menelifon saya memberitahu bahawa akak ngah saya baru sahaja keguguran. Perasaan sdih terus melanda kerana saya baru excited hendak beragan2 bergelar pakcik tpi tak kesampaiaan. Tapi saya redha kerana setiap kejadian yg berlaku pasti ade hikmah ye. Allah itu Maha Megetahui lagi Maha Mengasihani. Hari ini saya ade la cube untuk menelifon si "H" iaitu orng yg sya baru sahaja berbaik kembali setelah 2 thun kami bermusuhan. Nampak ye saya yg dimalukan kerana die ade mengangkat pggilan saya tetapi seperti mahu tak mahu sahaja. Saya pulak dimrh kerana menelifon beliau. Andai diikut hati saya mahu sahaja membalas perbuatann beliau itu akan tetapi saya telah bernekad untuk berubah dan mengikut kata2 kawan karib saya. Saya ingt pesanan beliau bahawa "biar la orang buat kte , tetapi kte jgn la membalas ye..kite haruslah bersikap profesional kerana jika tidak kte sama la mcm orng yg itu." Tdi sedang saya berbual2 dengan mama , saya ade la memberitahu beliau yg saya sudah berbaik2 dengan si "H". Mama saya memarahi saya kerana berbuat demikian kerana saya masih mahu berbaik2 dengan orng yg telah membenci dan menghina keluarga saya sampai mendoakan kematian saya sendiri. Sebenarye saya berbuat demikian kerana saya tidak mahu disebabkan saya rmai orang disalahkn oleh si "H". Saya percaya si "H" ade agenda tersendiri kerana berbaik2 dengan saya kembali akan tetapi enth la saya seperti malas mahu memikirkn ye sebab saya thu sapa yg berada dalam hati saya sekrng. Bkn la si "H" tetapi orang yg selalu berada dengan saya susah dan senang, jatuh dan diri ye saya. Saya menerang kan kat mama bahawa tidak pernh terlintas di hati ini ingin kembali semula kepada si "H" seperti dahulu kerana saya thu sapa saya dihati die. Seperti ade tetulis didalam hadis yg pernah saya baca "Bahawa sesungguh ye andai kite dihina sejahat macam mana pun ,harus lah kite membalas dengan seyuman kerana seyuman tersebut sama seperti kite mendoakan kesejahteraan orang tersebut dari terus melakukan kemungkaran". Tdi ketika saya mendengar khutbah jumaat mimbar ade menyatakan bahawa tiada gunanye kite dipndang mulia disisi manusia dengan pakaian dan perwatakan kite sedangkan kite dipndang hina disisi Allah ". Saya thu dari dahulu sampai ke hari ini si "H" dan keluarga ye tidak berpuas hati dengan saya disebabkan tindakan saya dahulu. Saya redha dan tidak pernah sekali pn menyalahkan beliau dan keluarga beliau malah memaafkan semua kesalahan beliau. Disini saya ingin berkongsi satu kejadian yg menimpa saya yg menunjuk kan kekuasaaan Allah  iaitu satu kejadian pada waktu dahulu ketika pertama kali saya dan ahli keluarga saya dihina oleh baliau dan keluarga beliau. Andai tak salah saya  didatangi satu mimpi iaitu satu jenazah berbalut kain kafan sambil kain kafan tersebut dibakari api datang bertemu dengan saya meminta pertolongan dan memohon kemaafan . Saya seperti pernah melihat wajah jenazah tersbut akan tetapi apabila saya cube mendekati saya dikejutkan dengan azan subuh. Beristifar saya berulang kali setelah tersedar dan lalu bangkit menunaikan solt subuh. Selang beberapa hari saya mengetahui bahawa seorng dari saudara beliau yg pernah menghina saya dan ahli keluarga saya telah kembali kerahmatullah. SubahanaAllah, Allah itu Maha Mengetahui lgi Maha berkuasa, wajah jenazah yg dtg ke dalam mimpi saya itu sama seperti wajah saudara beliau yg meninggal tersebut. Selepas saya megetahui kejadian tersbut saya terus menelifon teman baik saya dan menceritakan kejadian tersbut. Die meyuruh saya menyedekahkan surah Al-Fatihah dan memaafkan arwah dan mendoakn arwah ditempat yg baik dan beriman.Selang beberapa bulan selepas kejadian tersbut saya didatangi lagi satu  mimpi yg membawa kemusykilan kepada saya. Mimpi kedua pula tentang saya sdang berada di satu perkampungan yg saya kurang pasti dimana . Sedang saya berjalan2 saya berahat sebentar di satu gerai minuman untuk berehat. Sedang2 berehat tiba2 ade seorng lelaki yg berjubah serba putih  sambil bercahaya muke ye datang menghampiri saya sambil meyerahkan saya sebotol air. Selepas itu die ade berkata bahawa seseorng sedang memerlukan pertolongan dari saya , dan orang tersebut berada di atas sebuah gunung yg berhampiran. Lalu die berkata lagi bahawa hanya saya sahaja yg boleh meyelamatkan orang tersebut dengan meyerahkan air itu tetapi akan terdapat banyak halangan dan saya haruslah sabar menempuhi dengan tanpa berpatah balik. Lalu tanpa disedari secara tiba2 gerai yg saya berehat untuk berhnti minum lesap dan hanya saya sahaja berada disitu sambil dikelilingi oleh hutan2 dan semak samun.. Dihadapan saya terdapat sebuah gunung yang agak tggi puncak ye. Lalu saya berjalan mendaki gunung tersebut dan secara tiba2 cuaca bertukar gelap-segelap2 ye dan hujan mule turun. Sedang saya meneruskan perjalanan secara tiba2 sya didatangi satu banjir besar dan saya sempat berpaut pada satu dahan pokok dan sehingga banjir tersebut berlalu. Lalu saya meneruskan perjalanan sehingga la saya berjumpe dengan satu kg yg terdapat pnduduk. Lalu saya menanyakan tntng orang tersebut pada pnduduk kg. Mereka semua ye mrh dan melarang saya pergi berjumpe orang tersbut kerana mereka membenci orang terbut yg kejam. Disebab kan itu la die disumpah dan tggal keseorngan dipncak gunung tersebut. Lalu sya meneruskn perjalanan sehingga  saya sampai dipuncak ye. Seingat saya ade lagi kejadian yg saya alami selepas menempuhi banjir dan melalui kg tersebut tetapi biasa la mimpi mana la semua ye kte dapat ingt sepenuhye. Sedang saya berjalan dipuncak gunung tersebut saya terlihat sbuah rumah yg agak besar dan bercahaya yg agak2 samar. Ditangga rumah tersebut terdapt seorng gadis yg berpakaian serba putih dan bertudung sedang dduk sambil menangis. Lalu saya pergi kearah gadis tesebut dan suabhanAllah gadis tersebut muke ye cacat hmpir keseluruhan. Lalu gadis tersebut menagis2 meminta pertolongan dari sya. Suara gadis tersebut memang benar2 saya kenal. Sama seperti suara si "H". Lalu sya hulurkan sebotol air yg diberikan oleh lelaki tdi kepada gadis tersebut dan diminum ye. Dengan izin Allah yg Maha Berkuasa wajah gadis tersebut bertukar normal selepas meminum air tersebut. Tekaan sya benar gadis terbut memang la si "H". Selepas itu gadis tersebut menagis2 mohon kemaafan kepada saya atas smua kesalahan ye. Secara tibe2 sya terdgr suara alunan azan yg amat kuat dan merdu memuji2 kekuasaaan yg Maha Berkuasa. Selepas itu saya tersentak dan terjaga dari mimpi tersebut. Berulang kali saya beristifar setelah sedar dan sya ingt lagi waktu tersebut jam menunjuk kan pukul 3 pagi. Saya dduk kehairanan kerana saya seperti berbulan2 berada dalam mimpi tersebut, Itu menunjukkan kekuasaan Yang Maha Esa dan bukti ye kata2 didalam hadis bahwa satu hari kte didunia sama dengan seribu thun kte diakhirat. Setelah itu saya ade la bertayakan kepada ustaz2 dan ustazah saya tentng mimpi tersbut. Hampi kesemua ye memberi pndapat bahawa saya harus la berjaga2 dan kuatkn iman kerana mugkin selepas ini saya akan menghadapi satu kejadian yg melibatkan si "H" dimana saya haruslah sabar dan tabah menghadapi kejadian tersebut. Selepas itu saya ade la membaca tntng2 mimpi ini bkn kerana mempercayai tetapi untuk pegetahuan . Smua kejadian yg saya mengalami dalam mimpi tersbut ade kena-mengena dengan pegalaman mimpi2 orang yg tengah koma. SubahanAllah, alang kah terkejut ye saya. Saya juga ada berkongsi tntng mimpi ini dengan teman baik saya dan ia jgak terkejut dan menasihati saya kerana mgkin akan terjadi lagi kejadian yg sama seperti mimpi pertama yg diaman memerlukan kekuatan keimanan saya menempuhi ye. Ape2 ini hnya la sya berkongsi kejadian mimpi saya yg tidak thu sahihan ye kerana saya percaya setiap ade hikmah ye. Disebabkn itu la saya saggup berkorban dihina dan dikeji oleh si "H" dan ahli keluarga ye walaupn kadang2 mengaibkan keluarga sya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah megajar saya erti berdndam di dalam hidup. Ape2 pn saya sentiasa berdoa agar si " H" dan keluarga ye mendapat pertunjuk dan dimapunkan dosa mereka kerana seperti kata2 didalam hadis setiap manusia toada yg sempurna, semua ye tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Kite sebagai sesama manusia haruslah saling maaf- memaafkan kerana sedang kan Nabi pun ampunkan umat. Ini kan kte manusia biasa yg tiada darjat dan sama sahaja dimata Allah. Saya pernah terfikir untuk memberitahu beliau tntang kajadian tersbut tetapi saya thu andai saya berbuat demikian lagi bertmbah la bnci beliau kepada saya kerana mana la orang mahu percaya kata2 orang yg dibnci , inikan pulak pasal mimpi. Mstilah beliau fikir saya seperti orang giler yg mahukn perhatian beliau. Lama saya pndam cerita ini dan hanya saya dan teman baik saya sahaja yg thu kejadian ini dan baru sekrng saya berani menulis di sni kerana saya thu beliau tidak akan membuka blog ini lagi selepas saya turutkan semua permintaan beliau hari itu. Saya tidak mahu bermusuhan dengan orang yg saya syg.  Ape2 pn saya berharap sangat2 bahwa beliau akan btul2 berubah dan mendapat seorng jodoh seperti yg diinginkan iaitu seorng yg alim dan patuh pada perinth Allah sebelum saya menghembuskan nafas yg terakhir kerana saya thu masa sya tidak lama lagi. Saya betul2 menyayagi beliau sepenuh hati saya sampai bile walaupn saya thu diri saya siapa dihati dan mata ye dan ape pndangan keluarga beliau tntng saya. Saya redha dengan ape yg berlaku. Saya sedar sapa saya dan saya memang tidak layak sama sekali untuk beliau. InsyaAllah ade rezeki sya akan updated blog nie lagi. Saya akhiri yg baik semua ye dtg dari Allah dan yg jahat dtg dari diri saya sndiri. Assalamualaikum..

Thursday, March 22, 2012

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani, pagi ini saya nak berkongsi satu cerita. Pagi ini sudah masuk hari ketiga saya berbaik semula dengan seseorng yang sudah hampir 2 thun kami tak bertegur dan putuskan hubungan . Sebenar ye tak pernah terlintas dihati ini ingin bermusuhan dengan orang yang pernah membahagiakan saya, cume biasa la manusia, keegoan yang sangat la tinggi dan kalau boleh dibandingkan dengan mana-mana bangunan tertinggi di dunia semua ye kalah. Saya sebenarye tak faham situasi kami, kerana dari dahulu setiap kali kami berbaik semula selepas bergaduh pasti akan bergaduh kembali. Seperti ade sahaja yang tak kena, saya pun kadang2 hairan dengan situasi tersebut. Nampak ye situasi tersebut kembali lagi hari ini, sya pun kadang2 merasa sedih dan terfikir adakah ini ujian Allah kepada saya serta pasangan saya kerana kami berdua banyak melakukan kesilapan dahulu ketika menjalinkan hubungan dahulu. Kadang2 perkara tersebut tak la sebesar mana tapi boleh menjadi besar seperti bumi. Sebut2 pasal bumi ini ade satu kisah jugak sebab dahulu time kami berdua mule2 berkenalan  time disekolah saya diberi nama si "bumi" manakala die diberi nama si "matahari". Saya pun kurang pasti macam mana saya boleh diberi gelaran tersebut. Mgkin disebabkan sifat fizikal saya yg agak besar kut. hahaha, ok sambung balik ke topik asal ,saya sebenar ye mengaku dalam masa 2 thun kami tidak berhubung langsung saya ada mengikut perkembangan hidup beliau dari teman2 serta fb beliau. Saya thu menceroboh fb beliau merupakan satu kesalahan yg besar serta berdosa, tapi enth la saya menjadi risau andai saya ade terdgr2 dari teman2 beliau yg dimula rapat dengan seseorng yg bernama "lelaki". Ia bukan la sifat cemburu , jauh sama sekali tetapi lebih kepada mengambil berat + risau sangat andai lelaki tersebut mendatangkan kemudaratan kepada beliau. Ibu saya pernah memarahi saya kerana saya masih mengambil berat tentang beliau sedangkan seluruh ahli keluarga beliau termasuk beliau membenci saya sebenci-bencinye. Entah la kalau difikirkn balik saya sama seperti seekor lembu hitam yang berkurap yang ingin bergaul dengan sekumpulan lembu putih yang bersih, tetapi bile dipikirkan balik saya sedia menerima segala hinaan asalkn beliau berbahagia. Saya thu peluang saya untuk bersama semula dengan die langsung tiada sama sekali, inikan pula bernikah dengan beliau. Tapi saya bersyukur andai die dapat bersama dengan seseorng yg betul2 menyayangi dan mencintai beliau sepenuh hati serta dapat menjaga beliau sehingga akhir hayat beliau. Cukup la itu buat saya kerana saya thu ade ramai lelaki diluar sner yg boleh membimbing beliau menuju ke jalan Allah seperti yg beliau mahukan.  Disebabkan itu la andai saya mengetahui dengan sesiapa die rpat saya pasti akan menyiasat dalam diam ala2 cerita kartun jepun "conan", hahaha. Kadang2 family saya mengelar saya seprti orang yg x de maruah sebab dh dibnci dan dihina, masih lagi sibuk2 mengambil berat. Tetapi saya ingat ade sekali itu ibu saya memberitahu saya yang dikenal saya. Die thu saya ini jenis yang tak mudah menyayangi seseorng dan kepala batu. Andai satu kata saya satu la, biar ramai mana pun yang mahukan saya kata dua tak mgkin. Ape2 pun saya bersyukur sangat ibu saya dan kak long saya masih faham dan hormati keputusan saya. Kak long saya ade pernah ckp kat saya yg "jika benar die adalah jodoh kamu walau seramai mana isi bumi menghalang, die tetap akan pergi ke kamu dan andai die bukan jodoh kamu walau seramai mana pun isi bumi cube satukan kamu die tetap tidak akan pergi ke kamu". Tetapi saya sedar bahawa saya tidak akan bersama dengan beliau disebabkan saya ini tiada ciri2 pasangan yg dimahukan sebab dipermulaan perkenalan kami die pernah berkata begitu kepada saya. Andai 2 thun dahulu saya tak dapat menerima ini semua , tetapi sekrng sya sudah mule sedar siapa saya, bagaimana rupe saya, ape jenis pakaian saya dan tggi mana ilmu agama saya. Tapi yg paling menyedihkan pagi ini bile tdi selepas saya selesai menunaikan solat sunat sedang2 saya mengemas buku2 sya terjumpe sekeping kertas yg saya akan simpan sebagai kenangan sampai bile2 kerana itulah kali pertama didalam hidup saya menerima sekeping list barang2 untuk dibawa bagi melanjutkan pelajaran.


list barng2 bersiap tnda tangan beliau..


            peringatan yang menjadi kenangan manis dalam hidup saya..

nampak ye saya dah bernekad mulai hari ini walaupun saya sudah berbaik semule dengan beliau saya tidak akan menelifon ataupun menghantar mesej kepada beliau kerana beliau memberitahu saya bahawa orang terpnting dalam hidup beliau cemburu saya berbuat demikian. Saya dah tidak boleh berbuat ape2 kerana saya ptut sedar bahawa die sekrng sudah dimiliki seseorng yg boleh mengambil berat tentng beliau dan menyayangi beliau sama seperti beliau menyayangi orang tersebut. Sebenar ye niat saya bukan la mahu menganggu hubungan mereka , jauh sama sekali ingin merampas ape2. Saya sekadar mahu memastikan beliau berada dalam keadaan yg baik. Itu sahaja tpi ape boleh dibuat, dari saya terus dipersalahkan disebabkan membuat beliau tidak selesa dengan tindakan saya tersebut adalah lebih baik saya mengundur diri.  Saya harap sangat die berbahagia bersama orng yg di cari2 selama ini iaitu seseorng yg boleh membawa beliau ke jalan Allah dan muslimah tidak seprti saya. ok insyaAllah ade rezeki sya akan berkongsi lagi cerita tntng hidup saya lagi. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.....(",)

si kumbang dan bunga..



Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.


Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .
Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.
Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .
Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.
Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.
Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.
Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.

Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.
Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .
Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .
Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .
' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .
oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.