Saturday, September 13, 2014

Assalamualaikum,

  Dah lama rasamya tidak mengupdate blog nie. Maklum la sejak habis belajar ,alhamdulillah saya dimurahkan rezeki dan terus dipanggil bekerja. Sekarang juga saya alhamdulillah lebih bahagia kerana Allah telah hadirkan seorang bidadari dunia dan insya-Allah kalau tiada arah melintang hujung tahun hadapan saya akan bergelar seorang suami. Nama yang diberi adalah Nur Faezzah binti Mohd. Ramdzan.
Orangnya seorang yang comel, manja , caring dan seorang yang mudah tersentuh perasaannya apabila lebih dikenali. Suke menangis dan suke ketawa. Kira seimbang orangnya, haha. Lepasan Degree OM UITM Jengka , Pahang. Seorng yang low-profile dan suke bercerita. Bak kata pepatah sekali die bercerita susah hendak berhenti, haha.  Detik perkenalan kami ialah ketika kami satu sekolah di stpm dahulu dan selepas saya melanjutkan pelajaran ke politeknik kami masih berhubung seperti biasa dan tidak la terlalu rapat. Tapi itu la kuasa jodoh Allah, pada malam satu syawal 2013 kami mule rapat dan merancang untuk meneruskan perhubungan kami ke alam perkahwinan. Kalau di diingat semula memang kelakar sewaktu saya melamar beliau untuk jadi permaisuri hidup saya. Semua ye berlaku selepas berbuke saya terus menelifon beliau untuk menyatakan hasrat diri. Pada mula nye beliau ingat saya hanya bergurau tapi bile diterangkan betul-betul akhirnya beliau setuju. Boleh gelak rasanya bile diingat semula masa itu sebab saya melamar beliau dengan perkataan yang tiada romantik sebab diri nie memang tidak reti berkata manis.Tapi Allah permudahkan segala urusan. Amin. Dan alhamdulillah sudah genap setahun lebih pertunangan kami sehingga sekarang. Mungkin benar janji Allah Dia beri kite dugaan dahulu baru Die beri kite kegembiraan. Alhamdulillah. Sepanjang hubungan kami jarang bergambar bersama dan berjumpa pun susah walaupun rumah kami tidak la jauh mana, tapi disebabkan komitmen kerja masing-masing yang selalu jadi penghalang. Tapi ok la tu, ia boleh megelakan perkara-perkara yang tidak elok berlaku dan kami pun telah sepakat mahu bercinta selepas bernikah kerana itu yang lebih elok. Alhamdulillah masing-masing faham dengan tugas kerja masing-masing. Saya bersyukur sebab Allah telah hadirkan beliau didalam hidup saya dan menjadi penyeri dalam hidup saya. Alhamdulillah. Nie adalah gambar yang sempat diambil sepanjang perhubungan kami.

 


nie gambar ketika kami menghadiri jemputan dari sekolah dimana kami berdua ditemukan dahulu bagi menyambut hari 
sekolah nie ditubuhkan ke -100 tahun







nie pula gambar ketika beliau keluar berbuke puasa bersama seluruh ahli keluarga saya. Kami berbuke makan sushi disebabkan seluruh family saya peminat tegar sushi. Beliau tetap makan walaupun saya tahu beliau kurang berminat dengan makanan sebegini. Ape pun terima kasih sebab sudi layan kerenah family saya walaupun pada waktu nie beliau baru sahaja balik dari bekerja.










yang nie pula ketika sambutan raya baru-baru nie dirumah terbuka kawan sekolah kami dahulu. waktu nie ramai yang terkejut apabila tahu tentang pertunangan kami . Ade yang marah dan ade yang terkejut tapi tindakan kami adalah betul sebab dalam islam sendiri pertunangan yang dihebohkan dan pernikahan haruslah diheboh-hebohkan. So ,this is our style. Tapi yang paling megemparkan pada malam nie ade satu kejadian yang susah hendak dilupekan sebab rupe-rupe nye ade seorng teman saya mahu melamar beliau pada malam nie tapi terkejut apabila tahu tentang hubungan kami. Yang mengemparkan teman saya siap bawa ibu die sekali pada malam tersebut. Memang kelakar, tapi maaf teman saya cepat sikit..haha..:-D





nie pula gambar terbaru pada minggu lepas beliau pulang ke kampung saya di batu pahat apabila kami masing-masing mohon cuti bersama. Tapi pada masa nie beliau baru sahaja pulang dari bekerja sebab kerja setengah hari.haha. Macam ade kata seorng akak sedara saya mata dan muke kami seiras. Tapi itu hanya la satu rumous.hahaha..



Bak kata orang boleh kira pakai jari.haha, Tapi itu lebih elok. Ape pun saya hendak ucapkan terima kasih Nur Feazzah @ iejah sbab sudi terima saya yang bnyak kerenah. Thanks a lot dear. Baik la sampai sini saya menulis untuk kali nie dan insya-Allah de rezeki dan dipanjang kan umur saya akan menulis lgi. Assalamualaikum....:-D

No comments: