Tuesday, May 14, 2013

Assalamualaikum,

 Hari nie saya masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog saya nie. Ramai teman-teman bertaye kenapa mereka tidak boleh mencari blog nie padahal mereka tahu saya selalu menulis di blog saya. Haha, sebenarye bukan saya tidak mahu publish blog nie kat umum tapi dh memang niat asal saya menulis blog nie untuk suka-suka. Tidak  pernah terlintas untuk publish-publish berbagai. Sebab itu la langsung tiada komen sebab jikalau ada hanya untuk bacaan saya sahaja. Hari nie saya ingin berkongsi semua kejayaan saya cukup 3 thun saya berniat untuk berubah dan membuktikan pada si Die bahawa saya boleh berjaya dalam hidup saya. Walaupun semua kejayaan saya nie tidak dapat saya tunjukan secara langsung pada Die tapi saya cukup berbangga sebab ape saya niatkan selama nie telah terlaksana. Berikut adalah gmbar-gambar kejayaan saya dari mula sehingga sekrng.






Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah dan hari nie saya bukan sahaja berdiri sebagai seorng pelajar engginering tapi jugak seorng tukang masak yang berjaya. Siapa kata pelajar jurusan kejuruteraan hanya pandai pada bab-bab mesin sahaja. Haha , pada mula ye saya pun tidak percaya bahawa saya akan bergelar seorng chef sehingga pernh mencuba untuk memasuki pertandingan "Master Chef Malaysia 2012" dan alhamdulillah berjaya untuk peringkat pertama akan tetapi saya terpaksa menolak secara baik kerana pada waktu tersebut saya langsung tidak menyangka boleh layak dan  pada waktu tersebut saya masih di belajar lagi dan jikalau saya ingin meneruskan mengikuti program tersbut saya terpaksa berhenti belajar kerana terpaksa dduk di kampus tersebut lebih kurang 4 bulan. Rasa sayang memang la ada yela bukan senang nak dapat peluang tersebut tapi sekurng-kurang ye dapat gak bergmbar dengan ketua juri "Master Chef Malaysia ". Dapat la kenangan ye dan beliau mahu saya cuba lagi apabila saya habis belajar nanti sebab beliau memang tidak menyangka saya seorng pelajar mekanikal berdasarkan gaya masakan saya. Haha , saya pun tidak tahu ape yang lain ye sebab saya langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang bahagian masakan ataupun lebih tepat adalah bahagian "Culinary". Setakat chef kampung adalah sebab masak untuk family. Ape pn saya hendak berterima kasih kepada abg-abg Chef di Hotel Puteri Pan Pacific dan Persada Johor Bahru sebab hasil tunjuk ajar mereka yang tidak lokek ilmu saya makin pandai bahagian masak-memasak nie. Dan yang paling bangga ialah saya telah masak sndiri untuk majlis tunang dan kahwin kak ngah saya pada thun lepas dan awal tahun ari tu saya telah memasak untuk majlis tunang kak long saya. Berbangga rasaye sebab selain boleh menjimatkan kos pembelajaan ia jugak menaikan taraf keluarga saya apabila ramai memberi komen masakan ye sedap pada kedua ibu dan bapa saya. Apa lagi dah kata orang tua mula la nak bangga cakap anak saya sndiri la yang msak untuk majlis nie. Haha , segala kepenatan hilang apabila boleh membuat mereka gembira sementara mata nie belum tertutup sepenuh ye. Alhamdulillah jugak saya telah berjaya dalam bidang yang saya belajar apabila menerima kepujian dari jurutera-jurutera di KLIA , Subang Sky Park , Malaysian AirLines BHD , Air Asia dan LCCT , Sepang ketika saya praktikal di sner ketika sem-4 dahulu. Gmbar-gambar diatas adalah bukti saya berjaya pergi ketempat yang bukan semua orang berpeluang pergi dan masuk kesana diantara ye gmbar yang berbelakang kan banyak helikopter dan jet persendirian . Saya masih ingat lagi gmbar itu diambil ketika jet persendirian owner Bank Tabung Haji Malaysia mendarat ,tapi saya lupe nama ye , hehe. Waktu itu saya dapat lihat macam mana  orang-orang kaya Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia serta Duta-duta negara lain punye jet-jet persendirian , cume tidak semua tempat dibenarkan untuk mengambil gmbar dan membawa telefon. Semua ye adalah atas faktor keselamatan. Tapi saya berbangga kerana diberi peluang tersebut walaupn kalau nak ada jet sendiri tidak mampu so lihat pn jadilah. Haha , dan saya masih ingat lagi saya pernah berbual dengan satu penjaga jet persendirian di Subang Sky Park iaitu sehari sahaja parking kat situ bayaran ye RM5000++. Haha , mahal giler harga ye sebab satu hari sama dengan gaji kite sebagai orang biasa untuk sebulan. Dan terbaru sekali saya sedang mengambil  smua lesen-lesen bahgian Oil n Gas untuk kerja di pelantar minyak dan insya-Allah kalau akhir thun nie semua ye berjalan lancar awala thun depan saya sudah menjejakan kaki di pelantar minyak seperti Ayah dan Kak Long saya. Amin....Sebenarye banyak nak ditulis tapi mata nie dh start mengantuk sebab esk saya kena kerja pagi. Haha , baik la sampai sni sahaja saya menulis untuk kali nie. Walaupun kadang-kadang saya berasa sedih sebab semua kejayaan saya  sekrng tidak dapt saya berkongsi dengan si Die tapi ape saya boleh buat. Kite hanya merancang dan Allah yang tentukan. Sekrng saya telah pun berjumpe penganti si Die walaupun saya masih merindui kehadiran si Die. Tapi saya mesti redha dan cuba untuk membahagiakan pilihan ibu saya sebab tidak adil rasa ye bagi die jikalau saya masih mengingati yang lama sedangkan saya thu si Die telah bahagia dengan pilihan hati ye sekrng. Yang paling kelakar semlam ade sorng teman saya memberitahu saya bahwa beliau ade terserempak dengan si Die di bndar jb ari tu ketika ditempat kerja berliau dan si Die ade berpesan kepada teman saya bahawa jangan memberitahu ape-ape pada saya dimana die kerja sekrng. Haha , mule-mule memang kelakar sebab dengar statement tersebut sebab saya sendiri berjanji pada die tidak akan menganggu hidup si Die lagi sampai bile-bile. Tak ape la mybe si Die masih berdendam dengan saya ape saya boleh buat. Hanya mampu berdoa sahaja beliau selamat dan berbahagia dengan ape beliau wat sekrng. baik la semua selamat pagi dan Assalamualaikum. (sya rindu kamu hney):"(

Thursday, May 9, 2013

Assalamualaikum,
 
  Alhamdulillah hari nie saya masih diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi Allah oleh yang Maha Esa. Semalam merupakan hari yang agak penting didalam hidup saya kerana saya telah dipertemukan dengan bakal menantu pilihan ibu saya. Pada mula ye secara jujur memang berat hati nie nak berjumpe kerana saya rasa belum bersedia untuk mengantikan si Die didalam hati yang telah hampir 3 thun saya menunggu beliau sejak kami berpisah. Tapi perjanjian tetap perjanjian, masa yang telah diberikan oleh keluarga saya telah sampai masanye. Saya kena redha bahawa si Die bukan jodoh saya dan ade hikmah yang berlaku disebalik perpisahan kami dahulu. Tapi saya telah nekad bahawa saya tidak akan menjadi seperti saya dahulu iaitu terlalu menyanyangi dan mencintai seseorang manusia kerana seperti yang kite tahu bahawa kasih sayang antara sesama manusia adalah hanya sementara dan penuh dengan dugaan dan ada kalanye berlaku perpisahan, akan tetapi kasih sayang kepada Allah dan Rasul serta jihad adalah berkekalan sehingga ke akhirat. Pada pertama kali saya bertemu dengan bakal suri hati saya ialah perkara yang pertama saya lihat adalah beliau merupakan seorng yang tegas dan tggi agama nye. Saya bukan nye mahu seorng yang perfect ataupun alim dan bertudung labuh berbagai, cukup la sekadar jikalau beliau rajin mengerjakan suruhan Allah dan tahu menjaga dan menghindari diri dari perbuatan maksiat dan kemungkarn. Ini disebabkan jikalau beliau adalah jodoh saya , kesemua dosa-dosa yang beliau lakukan selepas kami berkahwin akan ditanggung oleh saya. Orang ye boleh la hendak dikatakan seorng yang manis jika dilihat dari mata kasar ibarat macam sejuk mata memandang. Hehe, dan beliau pun seorng yang suka memasak dan suka akan warna biru. Kira sama dengan saya kerana saya memang suka memasak dan biru adalah warna kegemaran saya dari dahulu lagi. Boleh dikatakan kami berdua banyak mempunyai persamaan dari segi minat, warna kegemaran dan macam-macam lagi. Yang paling kelakar beliau pun seorng yang suka akan aktiviti lasak sama seperti saya contoh ye seperti mendaki gunung. Haha, kira memang bnyak la persamaan kami. Tapi saya tidak pasti adakah ini semua hanya kebetulan ataupun ini la yang dinamakan jodoh dari Allah. Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab Die Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui apayang terbaik untuk hamba ye. Walau ape pun kami berdua telah berbincang bercinta mengikut cara Islam seperti tidak berjumpe dan tidak selalu berhubung dan semua itu dipermudahkan sebab beliau tinggal di negeri sembilan. Semuaye demi mengelakkan perbuatan maksiat, semua itu pengalaman yang banyak mengajar saya dan beliau kerana beliau pun pernah ditinggalkan oleh kekasih beliau dahulu. Hehe , semuaye saya bergantung pada Allah kerana jika beliau adalah jodoh saya saya redha dan terima beliau dengan ikhlas. Saya tidak mahu merancang banyak-banyak kerana takut akan pengalaman yang lepas. Semalam pun saya telah diberitahu oleh seorng teman baik saya bahawa si Die telah mengetahui akan perkara ini dan nampak ye semuaye ok. Si Die lebih rasa gembira sebab tak ada la saya mengganggu lagi hidup beliau. Hehe , alhamdulillah semuaye berjalan lancar dan dari sekrng saya kena fokus pada kerjaya saya kerana tidak lama lagi saya akan memikul satu tanggungjawab yang besar. Bukan senang hendak menangggung anak dara orang nie sebab kalau dahulu ape yang ada saya makan janji tidak lapar dan pakaian pun kalau sama je sentiasa tak apejanji boleh pakai ,  tapi sekrng lain. Rasa takut memang ada tapi saya redha andai ini yang ditulis yang terbaik untuk saya. Tidak sabar rasa nye hendak mempunyai anak sendiri dan bermain dengan anak sendri maklumla ramai kawan-kawan sekolah saya dahulu sudah mendirikan rumah tangga dan ade yang anak dah masuk yang kedua. Haha , rezeki masing-masing. Tapi bile dipikr semula memang kelakar kerana beliau seorng yang berkulit putih ala-ala cina manakala saya hitam ala-ala india. Haha , harap sangat anak- anak kami jangan mengikut warna kulit saya. Haha , tapi semua itu jauh sangat, majlis pun belum wat ape-ape. Baik la sampai sini sahaja saya menulis untuk kali nie. Assalamualaikum dan selamat pagi .:D

Saturday, April 27, 2013



Assalamualaikum,

  Alhamdulillah hari nie saya masih diberkan kesempatan untuk menulis di blog nie walaupun sepanjang minggu nie saya agak sibuk dengan pelbagai tugas. Hari nie saya ingin berkongsi tetang satu cerita tentang satu perbuatan yang selalu dilakukan oleh seorng yang sedang leka bercinta sehingga nafsu mempengaruhi permikiran masing-masing. Peringatan nie bukan saya hendak tuju kepada sesiapa tapi adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri akan bahaya ye apabila kite terlalu leka bercinta sehingga menghalalkan ape yang haram demi untuk membuktikan rasa kasih dan sayang pada pasangan masing-masing. Secara jujur ye saya pernah mengalami situasi seperti berikut tapi tidak la sampai berzina dan melahirkan anak luar nikah. Alhamdulillah , Allah masih menjauhkan saya dari melakukan perbuatan yang dosa ye paling besar dan dilaknat -Nye . Saya pun tidak paham kenapa pada waktu tersebut saya jadi jahil sehingga lupe akan perjanjian saya dengan kedua ibu dan bapa saya iaitu menjauhi segala perbuatan maksiat. Secara jujur betul ape yang pernah dikatakan di dalam hadis iaitu apabila berdua akan wujud ye orang ketiga. Pada waktu tersebut andai iman kite sekuat mana pun kite mudah terjerumus ke lembah maksiat. Itu la janji Syaitan dan Ibilis jahanam bahawa mereka akan menyesatkan manusia sehingga tiba ye kiamat dan mengheret manusia ke lubang neraka. Sebab itu la di dalam islam maksud "couple " atau pasangan yang bukan muhrim dilarang sama sekali , tapi pada zaman sekrng andai seseorng itu tidak mempunyai couple atau pasangan ia akan berasa malu terhadap kawan-kawan yang lain. Tapi pernah kah mereka berfikir semua itu hanya sia-sia dan malahan akan menambahkan dosa mereka dan kedua ibu dan bapa mereka akibat daripada perbuatan mereka itu. Yang paling menyedihkan pada peringkat sekolah rendah pun mereka sibuk untuk berpasangan berbagai dan ada kala ye mereka sanggup untuk bergaduh dan bermusuhan demi mendapatkan pasangan masing-masing. Duit yang ibu bapa mereka bagi untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran meraka sanggup simpan demi untuk digunakan  bermadu kasih bersama pasangan mereka sehingga lalai dan lupe akan harapan ibu bapa mereka yang sanggup bersusah-payah bekerja siang dan malam demi untuk menampung keperluan hidup mereka dan keluarga. Ade sahaja alasan yang diberikan andai ditanya ape faedah bercouple  berbagai , contoh ye bila ada pasangan kite akan rasa lebih semangat untuk belajar kerana kurang ye sokongan dari family. Secara jujur ye alasan tersebut tidak boleh diterima kerana bagaimana dikatakan apabila ade pasangan or couple kite akan lebih semangat untuk berlajar sedang kan 24 jam hnya berdating dan ber "sms " berbagai sehingga kan buku kemana pelajaran kemana.  Andai la dikatakan mereka berpasangan tidak pernah melakukan ape-ape yang mungkar dan ape yang dilakukan hanya selalu sering ingat -mengingati pasangan masing-masing waktu solat dan berbagai ibaratkan bercinta mengikut cara Islam. Bagaimana mahu dikatakan bercinta mengikut Islam andai sering bertemu dan bersentuhan . Mustahil la jika kite berpasangan tiada nama timang-timangan dan mustahil andai kite berpasangan tidak saling rindu-merindui antara satu sama lain. Di situ sudah jatuh hukum dosa kerana ia akan membuat kite leka terhadap dunia percintaan yang kite sendiri tidak tahu hala tuju nye  dan penamat jalan cerita ye sehingga kite lupe tujuan asal kite dihidupkan di dunia nie. Islam tidak pernah menghalalkan ape yang haram seperti mana yang ditulis didalam Al-Quran walaupun pada niat ye kite hendak melakukan kebaikan. Apabila terjadi sesuatu hal seperti cerita diatas masing-masing menunding jari mencari salah pasangan masing-masing . Subhana-Allah. Semua ye bergantung pada pemikiran masing-masing ,  bak kata teman baik saya "masing-masing sudah besar kan, sudah boleh pikir mana baik dan buruk ye" Hehe , kadang-kadang rindu jugak dengan beliau sebab beliau la selalu ade waktu susah dan senang saya.  Thanks friend aiento @ segok. Haha, nama beliau saya tidak akan lupe sampai bile-bile walau sejauh mana pun saya pergi. Beliau tetap dihati dan selalu saya ingati. Saya bersyurkur Allah telah pertemuakan beliau dengan saya ketika di STPM dahulu. You always be my friend. Baik la sampai sini saya menulis untuk kali nie. Renung-renungkan la smua ok. Assalamualaikum.:D

Wednesday, April 24, 2013

Assalamualaikum,

   Alhamdulillah pada pagi nie sya masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menulis diblog saya nie. Hari nie kesihatan saya kurang sehat kerana mugkin disebabkan dari miggu lepas sehingga la ke minggu nie waktu tido sya berkurang kerana faktor pekerjaan. Al-maklum la kite selagi kite bernafas di muke bumi ini selagi itu ade sahaja kerja yang perlu dilakukan yang tak habis-habis sehingga la kite kembali pada yang esa. Mungkin bagi sesetengah orang waktu tidur adalah waktu untuk mereka merehatkan diri dari segala kepenatan yang mereka lalai hari yang panjang. Tapi tidak bagi saya kerana kadang-kadang waktu tidur pun saya masih memikirkan masalah pekerjaan yang makin hari makin bertambah andai tidak diselesaikan cepat. Akan tetapi entah kenapa hati nie rindu sangat pada si Die. Lagi-lagi apabila saya terpandang satu gambar yang diambil ketika kami berpakaian sekolah dahulu. Saya pun pelik macam mana gambar tersebut boleh ade di dalam laptop saya lagi padahal seingat saya , saya telah memadam semua gambar-gambar kenangan kami dahulu. Gambar tersebut diambil dalam keadaan hitam dan putih dimana saya ingat lagi peristiwa tersbut. Kami sempat bergambar di dalam perpustakaan sekolah kami dan ketika itu gambar terbut diambil secara curi-curi kerana maklum la di sekolah mana la boleh pelajar membawa telefon bimbit. Hehe, tapi tak ape, walaupun sampai sekrang saya masih merindui beliau tapi saya redha andai ini yang terbaik untuk kami. Saya sedikit pun tidak menyalahkan beliau meninggalkan saya kerana saya thu saya banyak melakukan kesilapan pada hubungan kami. Saya pun gembira mendengar berita beliau makin happy bersama orang baru dimana orang tersbut boleh membahagiakan beliau dari saya. Saya hanya mampu berdoa beliau sentiasa bahagia kerana memang adat bercinta tak semua ye akan bersama. Kadang-kadang ade yang tersangkut di tengah jalan. Ape yang boleh saya lakukan saya akan cuba untuk memenuhi permintaan beliau dimana beliau tidak mahu untuk saya berhubungan dengan teman-teman beliau. Saya akan cuba penuhi ye kerana saya mungkin akan pergi jauh selepas nie. Jauh-sejauh ye demi untuk memuaskan hati beliau. Ape yang saya mampu berharap beliau akan menjaga diri beliau dan menjaga nama baik keluarga beliau. Sebenarye pagi nie saya ade ujian yang perlu saya jawab dan satu je azam saya dimana saya mahu membuktikan kepada beliau saya boleh berjaya tanpa bantuan family saya. Dengan ujian nie la boleh menentukan sama ada cita-cita saya menjadi keyataan iaitu bergelar seorng "IR" muda. Hehe, insya-Allah , amin. Baik la sampai sni sahaja saya menulis buat kali nie. Andai la sekrng saya dapat berbual dengan beliau walau untuk sekejap sahaja saya ingin mengatakan pada beliau bahawa saya rindu kamu sangat Haryana. Haha, walaupun itu hanya lah angan-angan yang tak kesampaian , awak tetap dalam hati saya sampai bile-bile kerana you are the first and last for me. Ok la , Assalamualaikum.:D

Saturday, April 20, 2013

Assalamualaikum,

  Alhamdulillah hari nie saya masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini sebagai seorang umat ye. Kadang-kadang kita terlalu leka terhadap dunia nie sehingga kite lupe tujuan asal kite dilahirkan di dunia nie. Ramai yang terlalu mengejar harta dunia yang sementara sehingga lupe akan harta akhirat yang dijanjikan kekal selama-lamanya. Kadang-kadang mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran lebih menenangkan hati dan fikiran , dari mendengar lagu-lagu di dunia nia. Entah mengapa setiap kali mendengar bacaan suci Al-Quran hati saya menjadi sayu dan sedih kerana teringat akan dosa-dosa saya yang lepas. Rasa tkut akan kematian kerana tkut tidak sempat untuk saya bertaubat ketika ajal telah menjemput saya. Rasa bersalah terhadap ibu bapa saya kerana disebabkan dosa-dosa yang saya lakukan mereka yang akan disoal kerana gagal untuk mendidik saya. Ya Allah, ampunkn dosa aku. Aku thu aku tidak layak untuk ke syurga -Mu tapi aku tidak mahu untuk ke neraka -Mu. Ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku Ya Allah. Kadang-kadang kite lupe setiap perbuatan kite di dunia nie , menyebabkan kedua ibu dan bapa kite di soal di akhirat nanti. Baik la sampai sni saya menulis kali nie kerana sedih teramat sangat mendengar bacaan surah nie. Sungguh kerdil nye rasa diri nie bile kite memahami setiap maksud setiap ayat di Al-Quran. Baik la Assalamualaikum..

Friday, April 19, 2013

Assalamualaikum,
 
   Alhamdulillah hari nie saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas di muke bumi ye sebagai umat Islam. Hari nie merupakan hari yang baru kerana bak kata didalam sebuah buku ilmiah selepas menunaikan solat subuh kita harus bangkit dengan azam yang baru demi megejar masa hadapan masa hadapan masing-masing. Pagi nie saya ingin berkongsi tentang seorng yang paling istimewa didalam hidup saya. Saya mule mengenali beliau pada thun 2009 dan masuk thun nie sudah empat thun kami berkawan rapat. Nama yang diberi aien binti dahari atau saya lebih suke memanggil beliau dengan nama timangan "sengok". Hahaha, entah saya pun x thu macam mana nama sengok tu boleh melekat pada beliau sehingga ke hari nie. Semua ye bermule ketika beliau dengan saya belajar di STPM dahulu. Kitorang nie satu kelas dan beliau nie memang seorng yang pendiam didalam kelas. Kira kurang bercakap la dan ramai budak-budak lelaki berminat pada beliau. Seingat saya sampaikan ade yang sanggup buat macam-macam demi untuk rapat dengan beliau ataupun mendapat kn perhatian beliau. Kelakar jugak la bile dipkirkn semula kisah dulu.-dulu. Saya pun tidak menyangka akan rapat dengan beliau kerana al-maklum la irang ramai peminat , mana la saya boleh kacau. Hendak dijadikan cerita ade la satu hari itu beliau menanyakan kepada saya tempat mengambil wuduk bagi pelajar perempuan dan macam biasa la dengan peragai lama saya suke menyakat sehingga beliau dengan tidak semena-mena pergi ke tempat wuduk bagi pelajar lelaki akibat perbuatan saya itu. Hahaha, memang kelakar la kalau diimbau kejadian itu semula. Mau tergelak sorang-sorang jadi ye, dan dari kejadian itu la nama "sengok"tercipta secara official ye bagi beliau. Hahaha ,  makin ari kami makin rapat sehingga keluarga beliau turut mengenali saya. Tapi bukan nama sebarangan tapi dengan nama yang beliau bagi iaitu "jebeng". Entah macam mana la saya boleh mendapat nama itu. Boleh dikatakan ramai yang menyangka kami berdua nie pasangan kekasih sehingga para guru-guru pun thu. Hahaha , memang gelak jugak la time tu sebab masa itu saya bru mngenali si Die iaitu satu kelas jugak dengan kitorng ketika di STPM. Tapi hari nie saya tidak mahu bercerita tentang si Die tapi tentang seorng yang paling istimewa di dalam hidup saya yang selalu ade bersama susah dan senang saya sepanjang masa, tidak kira jatuh dan bagun ye saya. Beliau sentiasa berada siap untuk saya. Jujur la menyatakan saya senang berbual bersama beliau kerana beliau seorng pendengar yang baik dan suke memberi pendapat dan nasihat yang berguna. Secara jujur ye saya pernah suka kepada beliau akan tetapi saya rasa saya tidak layak untuk beliau kerana beliau nie seorng yang cantik dan universal. Maklum la orang yang paling diminati pelajar-pelajar lelaki ketika di STPM dahulu. Mana la sepadan dengan orang macam saya. Tapi ramai yang kata beliau sesuai dengan saya kerana dapat sepadan bile bersama . Entah la , saya pun x thu ape sepadan ye sebab itu orang la yang ckp. Tapi andai la ditulis beliau adalah jodoh saya, saya terima beliau dengan seadanye tapi andai bukan saya harap ade la seseorng yang baik boleh menjaga dan menyayangi beliau selalu. Apa-apa pun saya tetap selalu menyayangi kamu segok walaupun saya thu saya tidak layak unutk kamu. Hahaha, gmbar nie diambil ketika beliau keluar dengan kawan baik beliau, audy. Nie pun kira gmbar curi yang saya ambik di laman sosial sebab jika beliau thu abis tak pasal-pasal kena marah.


yang tudung putih itu la nama diberi sebagai "sengok", hahaha.
Kening ala-ala Ziana Zain gitu. Kelas-kelas, hahaha.
Masing-masing wat muke comel la tu sangat , hahaha. Acah-acah muke wat macam ganngster padahal hati tisu. Hahaha, maklum la perempuan katakan, mana ade yang tidak sensitif. Smua ye ade perasaan dan seribu satu rahsia. Hahaha, beliau nie pernah seorng yang tidak reti untuk berbohong kerana pernah sekali itu beliau cuba untuk berbohong pada saya tapi akhir ye kantoi jugak. Hahaha , ape lagi memang nak kena la balik. Baik la sampai sini dahulu saya menulis untuk pagi nie. Baik la salam Jumaat dan Assalamualaikum.

Thursday, April 18, 2013

Assalamualaikum,

   Hari ini saya tidak berkongsi tentang cerita si Die tapi hari nie saya hendak berkongsi tentang seorng kawan baik saya yang baru sahaja pulang ke rahmatullah iaitu Shiekh Muhammad Azri b. Shiekh Annuar ataupun lebih dikenali dengan telor di EC. Kami telah berkawan sejak dari form 1 di Maktab Sultan Abu Bakar, JB dan pada form 3 kami berpisah kerana beliau telah menerima tawaran ke sekolah teknik lepas keputusan PMR. Lebih kurang 3 tahun kami putus hubungan dan ketika di IPTA kami bertemu semula secara tidak segaja ketika di kedai makan di penang. Beliau merupakan seorng yang periang dan tidak kedekut sebab beliau suke menolong orang yang sedang dalam kesusahan. Tapi apa kan daya Allah lebih menyanyangi beliau dan telah menjemput beliau lbih awal dari saya. Yang paling sedih saya sempat bertemu dengan arwah 3 hari sebelum beliau meninggal. Sebak rasa nye hati nie apabila ingat kembali sebab ketika kali terakhir bertemu dengan beliau kitorang sempat bergurau-gurau seperti biasa dan beliau tidak meninggalkan ape-ape tanda bahawa beliau akan meninggalkan saya dan semua. Pada mula-mula dapat khabar berita tentang pemergian beliau saya macam x caya sebab masa kali terakhir berjumpe dengan beliau,  beliau ade meninggalkan kepada saya satu set speaker. Kalau diingat kembali memang sedih dan sayu. Apa-apa pun saya berdoa beliau tenang di sana dan dicucuri rahmat. Kamu tetap teman baik aku telur. Al-Fatihah.....