Tuesday, September 13, 2011

apabila kiamat itu datang..




Dalam perjalanan pulang, aku tersesat keliru dengan arah mana ku tuju. Keretaku terpusing entah ke utara, selatan, timur atau pun barat. Keadaan semakin kabut pabila angin meniup kencang, langit bergelap, cahaya pun hilang.

Jalan-jalanraya terhakis, menyebabkan kebanyakan kenderaan pun terbenam. Ada perkara yang asing lagi berlaku pabila jalan-jalanraya itu sendiri terapung beralun seolah-olah ada gelombang yang sedang laju ke arahku. Bangunan kiri dan kanan ku bergegar, runtuh yang semakin tambah gempanya.

Di kala memandu kereta, aku terus memecut laju entah mana hendak dituju. Degupan jantung usah dicerita, barangkali seribu denyut seminit. Perasaan takut semakin membuak, panik, dengan keadaan semakin sesak gempanya, entah ke mana lagi hendakku lari.

Hanya berbalik pada Rabbil ‘Alamiin, yang menentukan segalanya. Hati ini tak henti-henti memohon keampunan pabila terdetiknya akal tentang kiamat. Adakah hari ini pengakhir segala hari? Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Dalam kekeliruan ku memandu kereta, ku terus ke arah sebuah bangunan(hospital) yang hampir (jalanku buntu).

Setibanya di dalam bangunan tersebut, ku terlihat segolompok orang awam yang kononnya selamat dari bencana yang sedang berlaku di luar sana. Ku bersyukur, dalam kebuntuan dan ketakutan yang ku alami sendirian akhirnya ada bertemankan ramai orang. (mungkin semua sedang berlindung)

Secara tiba-tiba bangunan ini terasa ‘dibolak-balikkan’, di mana graviti pun asyik bertukar dan beralih arah. Ada yang ke kanan, ke atas, ke belakang, semua pergerakan tak dapat dikawal. Keadaan semakin bising, serabut dan kini tiada lagi kudrat untuk mengelak atau melarikan diri…..

Hatiku menjerit takut, ya Allah selamatkanlah hambaMu ini..

Dan akhirnya, aku terjaga dari mimpi, kira-kira jam 3.30am yang riuh dengan jam loceng tuk bangun subuh. Alhamdulillah, mungkin inilah gambaran apa yang bakal berlaku kelak, malah akan berlaku perkara yang lebih dasyat lagi seperti apa yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al-Quran.

Astaghrirullah..” ku terlafaz, dan aku terus bangun dari tempat tidur

Amalan yg dituntut agama..





“Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Haj ayat 77)


Di dalam kitab Al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyeru kita untuk melakukan kebaikan dan berluma-lumba ke arahnya.

Mereka yang segera melakukan kebaikan , akan mendapat pujian bukan hanya sesama manusia, bahkan dari Allah yang turut menjanjikan ganjaran yang tidak terhingga. Tuntutan dalam melakukan kebaikan seperti mentaati Allah dan melakukan kebajikan, bukan sahaja pada diri kita, malah nabi dan rasul yang diutuskan juga telah diperintahkan, seperti yang dapat dilihat pada ayat 73, Surah An-nabiya yang bermaksud, “Dan kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan...”


Melakukan kebajikan sesama manusia adalah kebaikan, bicara baik yang keluar dari mulut juga kebaikan dan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan masyarakat adalah kebaikan. Tabiat semulajadi manusia yang bersih menuju kepada kebaikan. Semua manusia suka kepada kebaikan dan tertarik kepadanya, termasuk mereka yang kerap melakukan kesalahan, terpendam kebaikan di dalam nalurinya. Kebaikan mempunyai takrifan yang luas dan ukuran tersendiri berdasarkan subjek. Selalunya ia mengikut pertimbangan akal, dengan pengaruh adat dan budaya masyarakat. Disebabkan itu juga kadangkala sesuatu yang baik bagi sebuah masyarakat, dianggap sebaliknya bagi masyarakat lain.

Al-Quran juga ada menegaskan bahawa mereka yang berbuat kebaikan walaupun seberat zarah, akan dilihatnya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Surah Az-Zalzalah.

Dalam kitab al-Muwatta’, diriwayatkan satu hadis bermaksud: “Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a. dan di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang: Ambil sebutir dan berikan kepadanya! Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan. Maka Aisyah pun berkata: Apakah engkau hairan! Berapa bezanya antara sebiji ini dengan sebesar zarah. Setiap amalan baik yang dihulurkan kepada manusia, bahkan kepada haiwan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini, sekalipun kecil adalah diredai Allah.”

Kebaikan tidak semudah dikata, malah bagi sesetengah orang sukar untuk melaksanakannya. Oleh itu, usaha ke arah kebaikan perlu kepada latihan dan kebiasaan sehingga ia sebati dan mesra dengan hati. Melatih dan membiasakan amalan baik sejak kecil, seperti dilakukan guru terhadap kanak-kanak di pusat asuhan dan sekolah kini adalah asas terpuji dan baik untuk pembentukan akhlak yang mulia. Islam menyuruh kita supaya mendidik anak dengan keperibadian Muslim yang mulia, membiasakannya dari kecil supaya mengamalkannya apabila meningkat remaja.Kebaikan adalah medan akhlak Islam dan seperti dikatakan daerahnya cukup luas, tetapi melalui wahyu ia dijelaskan secara terperinci.


Melemparkan wajah yang manis, senyum bila bertemu, membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan dan memulakan langkah ke masjid juga adalah kebaikan yang tanpa kita sedari. Dengan segala amal yang baik, diberi pula ganjaran dariNya. 


Dan tanpa disedari, waktu pun cepat berlalu kerana matahari dan bulan tidak bersifat menunggu. Justeru, usaha dan tindakan kebaikan sewajarnya tidak ditunggu, malah patut berlumba-lumba untuk melakukannya.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia dari kejahatannya. Bahagialah orang yang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebajikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan dari kata-katanya.” (Hadis riwayat Tabrani) 


“WE ARE REAL MUSLIMS”

Thursday, September 1, 2011

Manusia seperti sebuah BUKU. Cover depan adalah tarikh lahir, Cover belakanag adalah tarikh kematian. Tiap lembar adalah tiap hari dlm hidup kita & apa yg kita lakukan. =)
 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu
 
kadang2 kita perlu menipu untuk menjaga hati dan untuk tidak memburukan lagi keadaan...bukan untuk kepentingan diri sndiri...sbb x semua kebenaran itu indah dan dapat diterima oleh semua...berdosa atau tidak biar TUHAN yg menentukan..sbb hanya dia yg mengetahui isi dan niat hati kita...
 
kadng2 orang yg kite selalu rapat dan selalu ade ngan kite x kira susah ataupn senang tnpa disedari itu la jodoh yg terbaik ditentukan untuk kite berbanding orang yg kite terkejar2 kn...
 

Thursday, August 18, 2011

doa seorang insan..

seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku 
bawalah ia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah ia dari ingatanku 
dan peliharalah aku dari kekecewaan 
serta YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI ..
berikan aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit 
menenggelamkannya ke perut lautan 
moga hilangnya bersama senja nan merah ..
serta hilangnya dalam kebiruan lautan
agarku bisa bahagia
walaupun tanpa b'sama dengannya ..


YA ALLAH yg tercinta 
gantikan lah yg telah hilang .
tumbuhkanlah kembali yg telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya
YA ALLAH YA TUHANKU
pasrahkanlah aku dgn takdirMu
sesungguhnya apa yg telah engkau takdirkan 
adalah yg terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui 
segala yg terbaik buat hamba Mu ini ..


YA ALLAH ..
cukuplah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku 
di dunia dan akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yg daif ini 
Jangan lah engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman 
supaya aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup
kejalan yg engkau redhai 
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg soleh 
aku benar2 merindui hamba mu.
pada tarikh ini la engkau hadirkn beliau dlm idup ku
aku benar-benar tak ingin kehilangan beliau selama nya
aku redha andai engkau yg mengambil beliau dari ku
tpi jgn la kau ilang kn beliau disaat aku benar2 mencintai dan merindui beliau
aku thu aku bayak bersalah pada beliau ketika bersama beliau
hadirkn la kembali beliau
aku x kn mempersia-sia kn beliau lagi
hanya beliau dihati ku
tiada penganti walaupun engkau mengambil beliau..
amin yarabbalalamin..

Tuesday, August 16, 2011

ramadhan yg akan meninggalkn kite..

hari nie terasa sayu di hati...tggal lagi bebrrapa ari lagi kite sebagai umat islam akan menyambut hari kemenangan iaitu hari raya..banyak radio2 sudah mule memainkn lagu raya..enth kenapa raya thun nie aku x rasa seperti raya..rasa rindu akan ramadhan..kalu diikut kan lagi 2 ari aku akan meyambut ulang thun ke-2 bagi hubungan aku dengan seorang gadis..tpi apa kn daya...kite merancang tpi Allah yg menentukan segala nya...perhubungan kami terhenti di tengah jalan,..tpi aku tetap bersyurkur dan redha yang die  penah membahagiakn aku dan membuat aku rasa disyagi walaupn aku thu aku yg selalu cari masalah dengan peragai aku yg x penah rapat dengan mana2 wanita sejak dari kecik selain ahli keluargaku..thun nie pun aku x rasa nk balik ke jb..enth kenapa..rasa berat jew ati nie...tpi mama sdih bie dpt thu...tegok la mcm mana nati..menulis blog sambil mendengar lagu raya sekunang biru memang sayu..tetiba rasa hendak menagis..k insyaAllah ade rezeki sya updated blog nie lagi..assalamualaikum..

Monday, July 25, 2011

assalamualaikum...

dh lama rasa nya sya x updated blog nie...maklum la busy ngan prktikal skrang..skrang ati sya x tenang sagat...ini adalah disebab kan setelah sya membuat keputusan ingin meninggal kan jb dan berhijrah ke KL..sya berniat ingin  melupakan semua nya ..bkn nk lari dari masalah tpi demi kebahagiaan si die..tpi baru2 nie sya dapat thu yg die juga turut berhujrah ke KL n tggal berdekatan dengan tempat sya skrang..Ya Allah..hanya Die sahaja yg thu mcm mana sya rasa..perasaan gembira sagat2 dan perasaan rindu sagat pada die..tpi malang nya sya dapt thu yg die skrang ngah bercinta ngan  kwn sekolah lama sya..dak 2 memang budak yg baik..jauh la berbeza dengan sya..lagipun yana dahulu penah ckp yg dak 2 selalu bagi die semagat x mcm sya yg selalu jatuh kn semagat die..tpi nk dijadikn cerita..sya dh ambik tawaran pakcik sya untuk smbung ke jerman..mybe x sempat abis belaja dh pegi ke sner..semua nya atas dasar ingin pergi jauh lagi dari semua nie..pergi sejauh2 nya..walaupn family mula nya kurang setuju lagi2 mak sya tpi lepas die thu cerita yg sebenarya die bleh lepaskn sya pegi..k insyaAllah ade rezeki lagi sya updated blog nie lagi..k wasalam...